JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mendaftar rakan kongsi pengurus untuk akaun PAMM?

Program rakan kongsi akaun PAMM membolehkan pengurus untuk menetapkan kerjasama bersama mana-mana pelanggan Alpari. Program ini memperkenalkan sistem ganjaran yang fleksibel kepada rakan kongsi untuk memudahkan pengurus dan rakan kongsi melakukan rundingan dalam mencapai kata sepakat berkaitan kadar pampasan yang akan dibayar.

Langkah-langkah untuk menambah pelanggan Alpari sebagai rakan kongsi dalam akaun anda adalah seperti berikut:

  • Dapatkan nombor myAlpari rakan kongsi.
  • Log masuk ke myAlpari dan pilih akaun dari halaman akaun PAMM.
  • Dalam tab "Rakan kongsi", klik butang "Tambah rakan kongsi".

Rakan kongsi akan dimaklumkan mengenai keputusan anda melalui emel.

Pengurus menetapkan jenis dan saiz pampasan apabila menambah rakan kongsi.

Pampasan terdiri dari dua jenis:

  • Pampasan rakan kongsi pembantu — peratusan pampasan pengurus atas keuntungan yang diperoleh hasil dari perdagangan pengurus dari semua pelabur akaun PAMM.
  • Pampasan rakan kongsi pemerolehan — peratusan pampasan pengurus atas keuntungan yang diperoleh hasil dari perdagangan pengurus dari pelabur akaun PAMM yang dirujuk oleh rakan kongsi tersebut.

Peratusan yang ditetapkan untuk pampasan rakan kongsi akan kekal sehingga tarikh syarat kerjasama disemak dan dinilai semula. Pengurus menetapkan tarikh penilaian semula apabila menambah rakan kongsi baru.

Pengurus juga boleh menawarkan sarat baru kepada rakan kongsi pada bila-bila masa. Keputusan terletak dalam tangan rakan kongsi, sama ada untuk menerima syarat kerjasama baru dengan segera atau untuk menunggu tarikh penilaian semula seperti yang telah ditetapkan oleh pengurus.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas