Apakah itu akaun PAMM umum?

Apabila membuka akaun PAMM, pengurus harus memilih sama ada untuk menjadikan akaun pamm persendirian untuk kegunaan peribadi atau terbuka kepada umum. Status akaun PAMM tidak boleh dibuka selepas akaun dibuka.

Akaun PAMM umum akan dipaparkan dalam penilaian akaun PAMM dalam laman web kami. Apabila akaun jenis ini dibuka, bebenang akan direka dalam forum Alpari, dalam mana pengurus boleh berhubung dengan pelabur. Sebelum anda boleh mendaftar untuk akaun PAMM umum, anda perlu mendaftar dengan forum Alpari. Akaun PAMM umum direka untuk pengurus yang sentiasa ingin mencari pelabur baru secara aktif.

Akaun PAMM peribadi adalah untuk kegunaan persendirian dan tidak dipaparkan dalam penilaian akaun PAMM. Akaun jenis ini tidak mempunyai bebenang dalam forum. Akaun PAMM peribadi membolehkan pengurus untuk mencuba perkhidmatan PAMM dan membangunkan strategi perdagangan baru dengan interaksi bersama pelanggan yang terhad. Pengurus akaun PAMM peribadi tidak diperlukan untuk menjawab soalan pelabur dalam forum Alpari.

Untuk menjadikan akaun PAMM umum, berikan nama dan keterangan untuk akaun, dan kemudian:

  • Pergi ke ruangan "Akaun PAMM" dalam myAlpari.
  • Pilih akaun PAMM yang berkenaan.
  • Dalam ruangan ""Pengaktifan akaun PAMM", klik "Teruskan pendaftaran".
  • Masukkan nama dan keterangan akaun PAMM dalam ruangan yang disediakan.
  • Lengkapkan pengaktifan dengan mengklik butang "Aktfikan".

Fungsi dan ciri-ciri akaun pelaburan dalam akaun PAMM peribadi akan dikekalkan sekiranya akaun PAMM dijadikan umum.

Perhatian:

  • Kali pertama anda menjadikan akaun PAMM anda umum, anda perlu memilih nama gelaran untuk forum Alpari. Nama gelaran yang dipilih akan dihubungkan secara kekal ke akaun myAlpari anda.
  • Nama gelaran yang sama akan digunakan apabila anda menjadikan akaun lain umum.