JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Mengapakah dana dalam akaun PAMM menaik, tetapi penunjuk pulangan tetap negatif?

Pulangan dalam akaun PAMM bergantung hanya dengan hasil perdagangan pengurus akaun. Deposit dan pengeluaran dalam akaun PAMM tidak memberi kesan kepada kadar pulangan dalam akaun. Perkara ini perlu diambil perhatian sekiranya jumlah dana dalam akaun berubah dari operasi transaksi pembayaran.

Contoh:

Andaikan bahawa 300 USD telah dilaburkan dalam akaun PAMM pengurus. Selepas tempoh perdagangan tertentu, hasil dari perdagangan pengurus, baki dalam akaun adalah sebanyak 60 USD, menunjukkan penurunan sebanyak 80%, seperti yang dapat dilihat dalam pemantauan akaun.

Untuk penunjuk pulangan peratusan menjadi positif, pengurus perlu meningkatkan dana sebanyak 5 kali ganda (dari 60 USD ke 300 USD) dengan menjalankan operasi perdagangan yang menguntungkan.

Pengurus memutuskan untuk memasukkan deposit agar proses mengatasi drawdown lebih mudah dan dengan itu, menambah dana sebanyak 40 USD ke dalam akaun. Walau bagaimanapun, peratusan pulangan kekal pada -80%.

Hasil dari perdagangan yang menguntungkan, dana akaun kembali ke 300 USD seperti nilai asal.

Andaian bahawa akaun telah mengatasi drawdown adalah salah kerana untuk penunjuk pulangan peratusan menjadi positif, dalam kes ini, dana harus dinaikkan sebanyak 5 kali ganda. Tetapi, seperti yang dinyatakan diatas, pengurus memasukkan deposit tambahan ke akaun, bermaksud jumlah 100 USD harus ditingkatkan lima kali ganda. Drawdown boleh diatasi sekiranya pengurus berjaya menaikkan baki dana sehingga 500 USD.

Dalam kata lain, untuk mengatasi drawdown secara sepenuhnya, pengurus harus melengkapkan dagangan dan mendapatkan keuntungan selanjutnya sebanyak 200 USD.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas