JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu rollover akaun PAMM?

Rollover akaun PAMM (dirujuk sebagai "rollover") berlaku pada hujung setiap jam perdagangan dan akan mengumpul informasi statistik dan mengemas kini maklumat dalam akaun PAMM dan akaun pelaburan. Proses ketika rollover berlangsung:

  • Hasil perdagangan direkod.
  • Pampasan pengurus dikira.
  • Permohonan deposit dan pengeluaran diproses.
  • Maklumat mengenai akaun PAMM dikemas kini dalam laman web Alpari.

Terdapat dua jenis rollover:

  • Rollover terbuka: Dalam tempoh rollover terbuka, maklumat akaun PAMM dikemas kini, pengurus dan rakan kongsi PAMM menerima pampasan, dan permohonan deposit dan pengeluaran diproses.
  • Rollover tertutup: Dalam tempoh rollover tertutup, permohonan untuk pengeluaran tidak akan diproses.

Bilangan dan kekerapan rollover terbuka akaun PAMM ditentukan oleh pengurus dan dipaparkan dalam planner permohonan.

Perhatian:

  • Permohonan untuk deposit diproses dan dilaksanakan setiap jam, tidak mengambil kira jenis rollover.
  • Permohonan untuk pengeluaran hanya diproses ketika rollover terbuka berdasarkan planner permohonan.
  • Pada kebiasaannya, akaun PAMM dilaraskan untuk menyediakan rollover terbuka setiap jam (berdasarkan waktu server) dengan ambang selama 30 minit.
  • Akaun PAMM harus mengandungi sekurang-kurangnya 1 rollover terbuka dalam tempoh 24 jam.

Maklumat lanjut mengenai cara rollover berfungsi boleh dibaca dalam peraturan akaun PAMM.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas