JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara membubarkan (liquidate) akaun PAMM saya?

Pembubaran akaun PAMM — penutupan dan pembuangan semua akaun pelaburan dalam akaun PAMM. Pembubaran boleh dilakukan oleh pengurus atau oleh Alpari sendiri.

Baki dana pengurus dan pelabur akan dipindahkan ke akaun sementara secara automatik.

Pembubaran oleh pengurus:

Pengurus boleh memilih untuk membubarkan akaun PAMM dengan menghantar permohonan pembubaran dari dalam tab "Pengurus PAMM" dalam myAlpari. Semua kedudukan dalam akaun PAMM harus ditutup ketika menghantar permohonan. Sekiranya terdapat kedudukan terbuka atau pesanan tergantung dalam akaun PAMM, permohonan pembubaran akan ditolak.

Selepas pengurus menghantar permohonan pembubaran akaun PAMM:

  • Pengurus tidak lagi boleh melakukan sebarang transaksi dalam akaun
  • Pemberitahuan mengenai pembubaran akaun akan dipaparkan dalam laman web dan forum Alpari

Pembubaran oleh Alpari:

Alpari boleh membubarkan akaun PAMM atas sebarang sebab-sebab berikut:

  • Kadar penunjuk dalam pemantauan akaun PAMM yang rendah (akaun akan dibubarkan secara automatik tanpa amaran)
  • Disyaki berlaku penyelewengan (dengan amaran tentang pembubaran)
  • Tiada aktiviti perdagangan dalam tempoh masa yang lama (dengan amaran tentang pembubaran)
  • Peraturan forum tidak dipatuhi (dengan amaran tentang pembubaran)
  • Pengurus tidak aktif dalam forum atau gagal menjawab soalan dalam perbincangan dalam bebenang khusus forum (dengan amaran tentang pembubaran)
  • Sebab lain (termasuk tanpa sebarang amaran atau penjelasan berkaitan pembubaran)

Apabila Alpari membubarkan akaun PAMM:

  • Semua kedudukan dagangan akan ditutup pada kadar harga pasaran semasa
  • Semua pesanan tergantung akan dibatalkan
  • Pengurus disekat dari melakukan sebarang dagangan dalam akaun PAMM (akaun PAMM bertukar ke mod "Tidak aktif")
  • Pemberitahuan mengenai pembubaran akaun akan dipaparkan dalam laman web Alpari

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas