JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu akaun pelaburan dan bagaimanakah cara membukanya?

Akaun pelaburan membolehkan pelabur mengamanahkan dana kepada pengurus PAMM, iaitu seorang pedagang Forex yang berpengalaman. Akaun pelaburan bertindak sebagai saham pelabur dalam akaun PAMM, yang merupakan akaun dagangan dalam mana pengurus PAMM melakukan perdagangan dan mengandungi akaun pelaburan dari pelabur akaun PAMM lain.

Apabila anda memilih akaun PAMM dalam mana anda ingin melabur, sebelum membuka akaun pelaburan, anda perlu menerima terma pelaburan yang ditetapkan oleh pengurus dalam tawaran.

Anda hanya boleh membuka akaun pelaburan sebagai sebahagian dari akaun PAMM yang telah diisi tawaran umum oleh pengurus.

Anda boleh memasukkan deposit sejurus selepas akaun dibuka. Untuk membuka akaun pelaburan, anda perlu:

  • Log masuk ke myAlpari.
  • Masukkan deposit ke akaun sementara dengan nilai bersamaan atau melebihi jumlah yang anda ingin laburkan dalam akaun pelaburan anda.
  • Pilih akaun PAMM dalam mana anda ingin melabur dari penilaian akaun PAMM, sila pastikan bahawa akaun mempunyai tawaran umum, dan klik "Laburkan dana".
  • Masukkan jumlah wang yang anda ingin laburkan.
  • Klik "Laburkan dana".

Semak emel anda. Maklumat pendaftaran akan dihantar ke alamat emel terdaftar anda.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas