JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara melaraskan notis pemberitahuan berkaitan perubahan kadar pulangan?

Pelabur boleh menetapkan had dalam akaun pelaburan mereka untuk memaklumkan berkaitan perubahan kadar pulangan akaun PAMM. Apabila had yang ditetapkan tercecah, notis pemberitahuan akan dihantar sama ada melalui emel atau SMS.

Langkah-langkah untuk melaraskan notis pemberitahuan:

  • Log masuk ke myAlpari.
  • Pilih dari menu kiri "Pelaburan saya" dan klik "Dalam akaun PAMM".
  • Klik nombor akaun pelaburan.
  • Pilih tab "Butiran" dalam tetingkap akaun pelaburan dan cari "Tetapan pemberitahuan kadar pulangan".
  • Pilih kadar pulangan yang diperlukan dan pilih kaedah pemberitahuan yang anda ingin terima apabila kadar ini dicecah, sama ada melalui emel atau SMS.
  • Klik "Tetapkan pemberitahuan".

Pelabur boleh menetapkan tidak lebih dari 10 pemberitahuan dalam satu akaun PAMM, dari mana 5 adalah untuk melebihi kadar pulangan, dan baki 5 untuk kurang dari kadar pulangan yang ditetapkan.

Contoh, sekiranya pelabur menetapkan had pada "100.00", pemberitahuan akan dihantar melalui emel atau sms apabila kadar pulangan mencecah "99.99".

Untuk mengira nilai pulangan akaun PAMM, pada mana anda ingin menerima pemberitahuan apabila ia dicecah, gunakan formula berikut:

Nilai pulangan = Harga saham semasa * nilai pulangan yang dinginkan berdasarkan harga semasa (dinyatakan dalam unit pecahan) - 100

Harga saham semasa boleh diperoleh dengan menambah 100 pada nilai pulangan akaun dalam unit peratusan. Sehubungan dengan itu, nilai pulangan semasa akaun boleh diperoleh dengan 100 dari harga saham semasa.

Sebagai contoh, anda ingin menerima pemberitahuan apabila nilai pulangan akaun PAMM menurun sebanyak 20% dengan nilai pulangan semasa sebanyak 90%. Dengan itu, pengiraan dijalankan menggunakan formula berikut:

Nilai pulangan = (90+100) × 0.8 – 100 = 52%

Perhatian:

Perkhidmatan ini hanyalah untuk tujuan informatif. Tiada sebarang transaksi akan dilakukan secara automatik apabila kadar pulangan mencecah had yang ditetapkan.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas