Bagaimanakah cara jumlah kedudukan dilaraskan selepas deposit dan pengeluaran dana pelabur?

Pengurus akaun PAMM bertanggungjawab untuk memantau jumlah kedudukan terbuka dan melakukan pelarasan apabila melaksanakan permohonan deposit dan pengeluaran baru.

Dalam contoh berikut, kami menunjukkan beberapa situasi dalam mana pengurus harus melakukan larasan, bersepadanan dengan tindakan pelabur, sama ada melakukan deposit atau pengeluaran dari akaun PAMM.

Contoh 1: Akaun PAMM terdiri dari dua akaun pelaburan dan akaun pelaburan pengurus. Jumlah dana akaun PAMM adalah sebanyak 10,000 USD.

1

Pengurus membuka kedudukan long untuk alatan EURUSD sebanyak 4 lot pada harga 1.29000.

2
 

Jumlah asal

   

Pengurus

3,000 USD

Pelabur 1

1,000 USD

Pelabur 2

6,000 USD

   

Harga menurun ke 1.28800 pada rollover, menyebabkan kerugian sebanyak 800 USD, yang dibahagikan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

3
 

Jumlah asal

Rollover 1

     

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD

     

Semasa rollover seterusnya, EURUSD meningkat ke 1.29300. Hasil keuntungan sebanyak 2,000 USD diperuntukan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

4
 

Jumlah asal

Rollover 1

Rollover 2

Hasil

         

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

2,760 + 600 = 3,360 USD

3,360 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

920 + 200 = 1,120 USD

1,120 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD

5,520 + 1,200 = 6,720 USD

6,720 USD

         

Contoh 2: Akaun PAMM yang sama dengan penambahan deposit dari pelabur baru.

Akaun PAMM terdiri dari dua akaun pelaburan dan akaun pelaburan pengurus. Jumlah dana akaun PAMM adalah sebanyak 10,000 USD. Pengurus membuka kedudukan dengan membeli pada pasangan EURUSD dengan jumlah sebanyak 4 lot, pada harga 1.29000.

Harga menurun ke 1.28800 pada rollover, menyebabkan kerugian sebanyak 800 USD, yang dibahagikan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

5
 

Jumlah asal

Rollover 1

     

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD

     

Pengurus dimaklumkan bahawa seorang lagi pelabur baru akan menyertai akaun PAMM pada rollover semasa, dengan dana sebanyak 5,000 USD.

6

Pengurus perlu melaraskan semula jumlah kedudukan terbuka dengan mengambil kira dana pelaburan baru. Formula yang digunakan untuk pengiraan pelarasan semula adalah seperti berikut:

(SumInv / Equity) × Lots, dimana:

  • SumInv — jumlah pelaburan baru
  • Equity — ekuiti akaun PAMM ketika rollover
  • Lots — jumlah kedudukan terbuka dalam akaun

Dalam contoh ini: (5 000 / 9 200) × 4 = 2.17

Pengurus perlu membeli 2.17 lot alatan EURUSD untuk melaras jumlah kedudukan terbuka.

Dengan itu, pengurus membuka kedudukan — BUY EURUSD, 2.17, 1.28800.

7
 

Jumlah asal

Rollover 1

     

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD

Pelabur 3

0 USD

Deposit: 5,000 USD

     

Semasa rollover seterusnya, EURUSD meningkat ke 1.29300. Hasil keuntungan sebanyak 3,080 USD diperuntukan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

8
 

Jumlah asal

Rollover 1

Rollover 2

Hasil

         

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

2,760 + 600 = 3,360 USD

3,360 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

920 + 200 = 1,120 USD

1,120 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD

5,520 + 1,200 = 6,720 USD

6,720 USD

Pelabur 3

0 USD

Deposit: 5,000 USD

5,000 + 1,080 = 6,080 USD

6,080 USD

         

Sila ambil perhatian bahawa pelarasan kedudukan disebabkan oleh deposit dana ke akaun PAMM tidak memberi kesan terhadap hasil perdagangan untuk pelabur lain.

Contoh 3: Akaun PAMM yang sama dengan permohonan pengeluaran dari salah seorang pelabur.

Akaun PAMM terdiri dari dua akaun pelaburan dan akaun pelaburan pengurus. Jumlah dana akaun PAMM adalah sebanyak 10,000 USD. Pengurus membuka kedudukan dengan membeli pada pasangan EURUSD dengan jumlah sebanyak 4 lot, pada harga 1.29000.

Harga menurun ke 1.28800 pada rollover, menyebabkan kerugian sebanyak 800 USD, yang dibahagikan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

9

Pelabur 2 ingin melakukan pengeluaran keseluruhan dana dalam akaun PAMM, iaitu sebanyak 5,520 USD.

10

Pengurus perlu melaraskan semula jumlah kedudukan terbuka dengan mengambil kira pengeluaran dana pelaburan. Formula yang digunakan untuk pengiraan pelarasan semula adalah seperti berikut:

(OutInv / Equity) × Lots, dimana:

  • OutInv — jumlah pengeluaran dari pelaburan
  • Equity — ekuiti akaun PAMM ketika rollover
  • Lots — jumlah kedudukan terbuka dalam akaun

Dalam contoh ini: (5,520 / 9,200) × 4 = 2.4 lot

Pengurus perlu menutup kedudukan EURUSD dengan jumlah 2.4 lot.

Dengan itu, kedudukan tersebut dibuka: BUY - EURUSD, 1.6, 1.28800.

11
 

Jumlah asal

Rollover 1

     

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

Pelabur 2

6,000 USD

6,000 - 480 = 5,520 USD
(pengeluaran sebanyak 5,520)

     

Semasa rollover seterusnya, EURUSD meningkat ke 1.29300. Hasil keuntungan sebanyak 800 USD diperuntukan secara berkadaran dalam kalangan pengurus dan pelabur.

12
 

Jumlah asal

Rollover 1

Rollover 2

       

Pengurus

3,000 USD

3,000 - 240 = 2,760 USD

2,760 + 600 = 3,360 USD

Pelabur 1

1,000 USD

1,000 - 80 = 920 USD

920 + 200 = 1,120 USD

       

Sila ambil perhatian bahawa pelarasan kedudukan disebabkan oleh pengeluaran dana dari akaun PAMM tidak memberi kesan terhadap hasil perdagangan untuk pelabur lain.

Perhatian:

Sekiranya permohonan deposit dan pengeluaran dilaksanakan secara serentak semasa rollover yang sama, maka hasil jumlah deposit dan pengeluaran harus dikira terlebih dahulu, dan kemudian diikuti dengan formula yang dinyatakan untuk melaras jumlah kedudukan secara kumulatif dan tidak berasingan.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.