JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu ekuiti dan baki akaun pelaburan?

Ekuiti akaun pelaburan adalah nilai jumlah yang dimiliki oleh pelabur dalam akaun pelaburan pada ketika rollover terakhir berlangsung.

Baki akaun pelaburan adalah hasil jumlah deposit dan pengeluaran dalam akaun pelaburan, dengan mengambil kira pengiraan pampasan pengurus. Selepas selang pelaburan tamat dan pengiraan pampasan dijalankan, baki akaun akan bersamaan dengan ekuiti.

Ekuiti termasuk pengiraan pampasan pengurus adalah nilai jumlah segala aset pelabur dalam akaun pelaburan pada masa rollover terakhir.

Kenaikan ekuiti adalah penunjuk perubahan ekuiti akaun pelaburan hasil dari perdagangan pengurus untuk sepanjang tempoh terbuka akaun PAMM.

Kenaikan ekuiti = Ekuiti - jumlah deposit ke akaun pelaburan + jumlah pengeluaran dari akaun pelaburan.

Contoh:

Pelabur memasukkan deposit sebanyak 1,000 USD ke dalam akaun pelaburan. Berdasarkan syarat pengurus dalam tawaran, pelabur akan membayar 50% dari saham keuntungan kepada pengurus sebagai pampasan. Selepas jumlah tesebut di deposit, baki dan ekuit berjumlah 1,000 USD. Pada akhir selang masa perdagangan, 500 USD dimasukkan dalam akaun hasil dari keuntungan. Dalam kes ini, nilai pampasan adalah 250 USD (50% dari keuntungan), maka ekuiti sebelum pengiraan pampasan pengurus adalah 1,500 USD, manakala ekuiti selepas pengiraan pampasan pengurus adalah sebanyak 1,250 USD.

Pampasan dibayar kepada pengurus pada akhir setiap selang perdagangan, menjadikan baki = ekuiti = 1,250 USD.

Perubahan baki dan ekuiti apabila pengeluaran dilakukan

Apabila pengeluaran dilakukan dari akaun pelaburan, baki dan ekuiti akan turut sama akan berkurang secara berkadaran.

Contoh № 1:

Baki dan ekuiti akaun pelaburan pada akhir selang pelaburan dan selepas pembayaran pampasan adalah sebanyak 1,250 USD. Pelabur membuat permohonan untuk mengeluarkan 250 USD (20% dari ekuiti), maka setiap nilai akan menurun sebanyak 20%. Selepas pengeluaran, baki dan ekuiti adalah sebanyak 1,000 USD.

Contoh № 2:

Baki akaun pelaburan adalah sebanyak 1,000 USD. Walau bagaimanapun, perdagangan akaun membawa kerugian, dan pada pengakhiran selang perdagangan, ekuiti menurun ke 500 USD. Pelabur tidak perlu membayar pampasan kepada pengurus sekiranya hasil perdagangan akaun PAMM membawa kerugian, maka ekuiti termasuk pengiraan pampasan pengurus kekal pada 500 USD. Pelabur memutuskan untuk mengeluarkan 100 USD, atau 20% dari ekuiti akaun pelaburan. Selepas permohonan pengeluaran dilaksanakan, baki akaun, ekuiti, dan ekuiti termasuk pengiraan pampasan pengurus akan menurun sebanyak 20%, dan berjumlah 800 USD, 400 USD, dan 400 USD mengikut turutan.

Sekiranya terdapat keuntungan ketika pengeluaran dilakukan dari akaun pelaburan, pengurus akan tetap menerima pampasan.

Contoh:

Beberapa minggu selepas selang perdagangan, pengurus menghasilkan keuntungan sebanyak 20% kepada para pelabur. Menurut tawaran pengurus, pampasan yang perlu dibayar adalah 50% dari keuntungan. Pelaburan asal adalah 1,000 USD.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas