JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah itu kapital pengurus, dan bagaimanakah cara menukarnya?

Kapital pengurus adalah pelaburan pengurus dalam akaun PAMM di bawah pengurusannya dan merupakan jaminan untuk menjaga kepentingan para pelabur.

Contoh: sekiranya jumlah kapital dalam akaun adalah 10,000 USD, dan 3,000 USD daripadanya dimiliki oleh pengurus, ini bermakna pengurus boleh menggunakan 10,000 USD untuk tujuan perdagangan, dan hanya 7,000 USD boleh dikeluarkan dari akaun. Kapital pengurus merupakan jaminan untuk menjaga kepentingan para pelabur.

Apabila akaun PAMM dibuka, pengurus melaburkan kapital sendiri, dengan nilai yang boleh ditambah pada masa hadapan tetapi tidak boleh dikurangkan.

Langkah-langkah untuk menukar kapital pengurus dalam akaun PAMM anda:

  • Log masuk ke myAlpari.
  • Pergi ke halaman "Akaun PAMM" dari ruangan "Akaun saya".
  • Pilih akaun PAMM.
  • Dalam tab "Ringkasan akaun", klik pada jumlah kapital pengurus.
  • Masukkan nilai kapital pengurus baru dan klik "Simpan".

Perhatian:

Pengurus hanya boleh mendapatkan kembali kapitalnya dengan membubarkan akaun PAMM.

Adakah soalan anda terjawab?

Soalan lazim lain berkaitan Akaun PAMM:

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas