JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara membuka akaun dagangan?

Anda boleh membuka akaun dagangan dalam myAlpari. Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk myAlpari, anda boleh berbuat demikian disini. Selepas anda log masuk ke myAlpari, ikuti langkah berikut:

  1. 1 Pada menu sebelah kiri myAlpari, cari bahagian "Buka akaun", dan pilih sama ada "Forex, Logam berharga, CFD" atau "Pilihan binari".
Ruangan untuk membuka akaun dari menu sebelah kiri dalam myAlpari
  1. 2 Anda akan dibawa ke halaman baru untuk membuka akaun dalam pasaran yang telah dipilih dengan tetapan tab pada "Perdagangan bebas".
  2. 3 Isikan borang yang disediakan dengan memilih jenis akaun yang ingin dibuka, dan mata wang untuk denominasi akaun. Untuk kesenangan anda, keterangan dan terma perdagangan dipaparkan di bahagian kanan untuk setiap jenis akaun yang dipilih. Anda juga boleh mendaftar akaun tersebut dalam peraduan perdagangan dan juga menggunakan perkhidmatan MQL5.community dengan mengaktifkan tickbox yang disediakan.
Contoh pengisian borang beserta pilihan tambahan untuk membuka akaun
  1. 4 Selepas borang ini dilengkapkan, klik butang "Buka akaun".
  2. 5 Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman "Pemindahan dana", dalam mana maklumat log masuk dan butiran akaun dipaparkan. Maklumat ini juga akan dihantar ke alamat emel yang dipaparkan dalam myAlpari.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas