JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apa itu STA dan bagaimana ia didebitkan?

STA (Safe Trade Action) — peralatan yang membolehkan anda mendapatkan kembali sebahagian dari dana yang telah dilabur sekiranya dagangan anda membawa kerugian.

Sekiranya pelanggan mempunyai STA dalam akaun mereka, maka dengan pembelian Fix-Contracts, satu STA akan digunakan, dan simbol perisai akan dipaparkan disebelah nombor kontrak yang dibeli.

Sekiranya STA digunakan ketika membuat pembelian kontrak, maka sebarang kerugian apabila kontrak tamat akan ditetapkan, dan anda akan menerima nilai nominal STA.

Sekiranya STA digunakan ketika membuat pembelian kontrak, tetapi kontrak tersebut memberi keuntungan, atau sekiranya anda menutup kedudukan sebelum tamat tempoh dengan melakukan penjualan awal, payout untuk STA tidak akan diberikan, dan STA tersebut tetap akan dianggap seperti telah digunakan. Payout untuk kontrak sebegini akan dibayar secara menyeluruh.

Bilangan STA dalam akaun dagangan dipaparkan pada penjuru atas kanan platform.

Bilangan STA dalam akaun dagangan dipaparkan pada penjuru atas kanan platform.

Contoh. Andaikan bahawa anda mempunyai 10 STA dalam akaun dagangan dengan nilai nominal sebanyak 3 USD untuk setiap satu. Dengan pembelian Fix-Contract, satu STA akan ditolak dari akaun anda, dan simbol perisai akan dipaparkan disebelah kanan nombor Fix-Contract yang baru dibeli tersebut.

Sekiranya kontrak tersebut menyebabkan kerugian, anda akan menerima nilai nominal STA tersebut, 3 USD, dalam akaun anda sebagai payout.

Sebaliknya, sekiranya kontrak tersebut menghasilkan keuntungan, atau anda memutuskan untuk menjual kontrak dengan lebih awal, anda akan menerima payout dari kontrak tersebut, tetapi tidak akan menerima payout dari STA.

Sekiranya kontrak menyebabkan kerugian, anda akan menerima nilai nominal STA, 3 USD, dalam akaun anda sebagai payout.

Sila ambil perhatian:

Nilai nominal STA boleh berubah berdasarkan syarat tawaran yang berlangsung.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas