JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Berapakah caj yang akan dikenakan untuk penebusan awal Fix-ContractsTrader ?

Anda boleh melakukan penebusan awal Fix-Contracts sebelum tempoh luput sekiranya anda ingin menetapkan keuntungan atau memastikan kerugian yang mungkin ditanggung serendah mungkin. Dengan berbuat demikian, Fix-Contracts akan kehilangan sebahagian dari jumlah pelaburan awal dan hanya sebahagian jumlah dana akan dipulangkan dalam akaun anda. Pengiraan peratusan pulangan dana untuk penebusan awal dilakukan dalam platform Fix-ContractsTrader secara automatik untuk setiap kontrak dan bergantung kepada parameter Fix-ContractsTrader tersebut, dan juga masa yang tinggal sebelum tamat tempoh.

Untuk melakukan penjualan awal, log masuk ke platform Fix-ContractsTrader, pilh tab "Open options" dan klik "Put out". Anda akan ditawarkan harga pada mana penjualan akan dilakukan. Sekiranya anda bersetuju untuk menutup kontrak tersebut, jumlah yang dipaparkan akan dimasukkan dalam akaun, kontrak akan dijual dan akan direkod sebagai kontrak yang telah ditutup. Kos asal Fix-Contract tetap tidak akan dipulangkan semula sekiranya anda menjual Fix-Contract dengan awal dan harga ketika tamat tempoh menyamai harga asal pembelian kontrak tersebut.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas