JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara berdagang Fix-Contracts menggunakan dana bonus?

2 tabung akan dibuka untuk akaun alpari.fix-contracts dalam platform Fix-ContractsTrader: satu tabung untuk dana anda sendiri, dan tabung kedua untuk dana bonus yang diperolehi dengan melakukan penukaran mata ganjaran. Apabila anda melakukan perdagangan, dana akan didebitkan dari tabung yang mengandungi dana bonus anda terlebih dahulu.

Contoh perdagangan:

  1. 1

    Fix-Contract ditutup dan menghasilkan keuntungan. Anda menukar mata ganjaran untuk 1,000 USD. Anda juga mempunyai 1,000 USD dana sendiri. Anda kemudiannya membuka dagangan bernilai 100 USD (didebit dari dana bonus) dengan payout sebanyak 45%. Kontrak ditutup dengan hasil positif dan anda menerima 45 USD yang akan dikreditkan ke tabung yang mengandungi dana anda sendiri. Dana bonus 100 USD tersebut kemudiannya akan diluputkan. Hasilnya, anda akan mempunyai 1,045 USD dalam tabung dana sendiri, dan 900 USD dalam tabung dana bonus.

  2. 2

    Fix-Contract ditutup dan menyebabkan kerugian. Andaikan bahawa, dengan syarat seperti diatas, hasil dagangan adalah negatif. Dalam kes ini, dana bonus 100 USD tersebut akan diluputkan dan tiada payout yang akan diterima oleh anda. Hasilnya, anda akan mempunyai 1,000 USD dalam tabung dana sendiri, dan 900 USD dalam tabung dana bonus.

  3. 3

    Fix-Contract ditutup pada harga pembukaan. Andaikan bahawa, dengan syarat seperti diatas, kontrak ditutup pada harga pembukaan dagangan. Dalam kes ini, dana bonus 100 USD tetap akan diluputkan dan tiada payout yang akan diterima oleh anda. Hasilnya, anda akan mempunyai 1,000 USD dalam tabung dana sendiri, dan 900 USD dalam tabung dana bonus, sepertimana dalam contoh kedua.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas