Kami kini 19 tahun!

Bagaimanakah keuntungan boleh diperoleh dari bitcoin?

Bitcoin — salah satu dari alatan perdagangan dengan kadar turun naik paling tinggi, dan disebabkan itu telah meraih populariti. Hanya terdapat beberapa cara mendapatkan keuntungan dari turun naik kadar bitcoin.

  • Pemilikan bitcoin jangka panjang. Pada tahun 2009, apabila bitocin baru diperkenalkan, kadar mata wang digital berbeza-beza dari 700 hingga 1,600 bitcoin untuk setiap dolar AS. Pada bulan Mei 2010, bitcoin mula diperkenalkan sebagai kaedah pembayaran, dan pada masa tersebut, 10,000 bitcoin digunakan untuk membeli 2 pizza. Dan pada bulan Ogos tahun yang sama, 10,000 bitcoin mempunyai nilai bersamaan dengan 600 dolar AS. Mereka yang telah mengumpul atau meraih bitcoin awal, hari ini mampu mendapatkan sejumlah besar dari simpanan mereka.
  • Perdagangan dalam bursa saham. Ini adalah perdagangan biasa — alatan perdagangan diberli apabila harga murah dan akan dijual semula apabila harga meningkat.
  • Mendapatkan keuntungan dari perbezaan kadar bitcoin dalam bursa berbeza. Terdapat pelbagai bursa, dalam mana bitcoin diperdagang, dan kadar antara bursa ini boleh berbeza dengan saiz yang besar. Seiring dengan itu, tidak terdapat bursa yang disebut sebagai "paling mahal" atau "paling murah" kerana keadaan dalam bursa ini berubah-ubah setiap hari. Ini membolehkan pengguna untuk membeli bitcoin dalam bursa dengan harga yang murah dan kemudian menjual semula dalam pasaran dengan kadar yang lebih tinggi.

Adakah soalan anda terjawab?

Kembali ke atas