Kami kini 19 tahun!

Apakah perbezaan bitcoin dari mata wang digital lain?

Bitcoin merupakan mata wang digital sedia ada yang pertama dan yang paling popular. Bitcoin memegang permodalan terbesar berbanding kaedah pembayaran serupa yang lain. Sistem ini merangkumi bilangan penjual, pembeli, dan jumlah transaksi paling besar, memberikan kecairan yang tinggi buat mata wang ini. Pelabur dan usahawan juga secara majoritinya melaburkan sumber dan dana mereka dalam pembangunan bitcoin, menjadikannya sebuah kaedah pembayaran yang amat kompetitif.

Sepanjang tempoh wujudnya bitcon, tidak pernah sekalipun berlaku kegagalan yang serius, dan disebabkan itu bitcoin dianggap sebagai mata wang digital paling selamat dan terjamin sehingga hari ini.

Mata wang digital yang muncul selepas bitcoin dinamakan sebagai altcoin. Ia berasaskan algoritma sepertimana yang digunakan dalam bitcoin. Perbezaan adalah pada algoritma penyulitan atau organisasi proses mining: perekaan unit mata wang baru tidak bergantung kepada kekuatan pemproses komputer, tetapi kepada bilangan syiling dalam simpanan miners.

Adakah soalan anda terjawab?

Kembali ke atas