JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara mengira kuntungan perdagangan menggunakan akaun kapital?

Berikut merupakan contoh pengiraan keuntungan dalam akaun akaun kapital1.

Andaikan bahawa pelanggan membeli produk berstruktur berjumlah 10,000 USD dengan kadar pelindungan kapital (KPK) sebanyak 90%.

Pelanggan mengaktifkan akaun kapital dana menerima had kredit percuma sebanyak 7,200 USD, dengan menggunakan formula berikut: KPK / 100 x kos produk x 0.8. Apabila produk matang, perkara berikut boleh terjadi:

Pelanggan menerima keuntungan dari produk berstruktur.

Andaikan bahawa pulangan dari produk berstruktur adalah sebanyak 20%. Maka:

Contoh №1
Pelanggan menjana hasil sebanyak 1,100 USD dalam akaun kapital ketika kematangan produk. Jumlah pulangan adalah 1,100 + 12,000 = 13,100 USD.

Contoh №2
Pelanggan menanggung kerugian sebanyak 1,100 USD dalam akaun kapital ketika kematangan produk. Selepas pelarasan dijalankan, jumlah negatif kerugian akan ditolak dari hasil pelaburan dalam produk berstruktur. Pelanggan akan menerima 12,000 - 1,100 = 10,900 USD.

Tiada pulangan dari produk berstruktur, Maka:

Contoh №1
Pelanggan menjana hasil sebanyak 1,100 USD dalam akaun kapital ketika kematangan produk, tetapi tidak menerima pulangan dari pelaburan produk berstruktur. Sehubungan dengan itu, pelanggan akan menerima 90% dari kadar pelindungan kapital: 9,000 + 1,100 = 10,100 USD.

Contoh №2
Pelanggan menanggung kerugian sebanyak 1,100 USD dalam akaun kapital. Dalam kes ini, jumlah negatif kerugian akan ditolak dari hasil pelaburan dalam produk berstruktur. Pelanggan akan menerima 9,000 – 1,100 = 7,900 USD dalam akaun sementara.

Sila ambil perhatian:

  1.  Contoh yang dinyatakan diatas tidak mengambil kira komisyen dari pembentukan produk berstruktur, yang ditolak ketika kematangan produk tersebut.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas