Bagaimanakah cara mengira turnover perdagangan dalam program Alpari Cashback?

Program Alpari Cashback mengambil kira pesanan dagangan terbuka dan tertutup dalam pengiraan turnover perdagangan.

Mata wang pengiraan adalah USD. Sekiranya mata wang kontrak bukan dalam USD, maka pertukaran akan dilakukan mengikut harga Bid dalam terminal MetaTrader 4 pada saat pesanan dibuka atau ditutup.

Apabila pesanan ditutup secara separa, hanya bahagian pesanan yang ditutup akan temasuk dalam pengiraan.

Contoh: Pengiraan turnover perdagangan.

Pelanggan membuka kedudukan dalam alatan EURUSD sebanyak 1 lot dengan harga Bid pada 1.29000.

Pelanggan mengumpul 129,000 USD untuk turnover hasil dari pembukaan kedudukan tersebut.
100,000 EUR (saiz kontrak) × 1 lot × 1.29000 = 129,000 USD

Dalam tempoh seminggu, apabila harga Bid bersamaan 1.30000, pelanggan menutup separuh kedudukan dan menerima 65,000 USD turnover (100,000 EUR (saiz kontrak) × 0.5 lots × 1.30000).

Jumlah turnover pelanggan dalam seminggu mencecah 194,000 USD. Pelanggan akan menerima mata ganjaran berdasarkan jumlah turnover tersebut, didarab dengan koefisien kadar turnover perdagangan dan koefisien status myAlpari.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.