JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Bagaimanakah cara untuk memperoleh mata ganjaran, dan bagaimana cara mengira jumlah?

Cara untuk mendapatkan mata ganjaran:

  • Pendaftaran myAlpari — 50 ALP
  • Pembukaan akaun (selain akaun demo) — 30 ALP1
  • Memasukkan deposit
  • Mengekalkan turnover perdagangan
  • Pelaburan dalam produk berstruktur
  • Pelaburan dalam akaun PAMM2
  • Perdagangan Fix-Contracts

Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran dari aktiviti yang sama, naikkan status myAlpari anda. Selain itu, pelaburan menguntungkan dalam produk berstruktur memberikan anda peluang untuk menggandakan mata ganjaran.

Tahap daripada turnover perdagangan dan pelaburan

Anda boleh mendapatkan majoriti mata ganjaran dari tahap perdagangan dan pelaburan yang aktif. Sepertimana status anda, tahap ini menentukan koefisien yang didarab dengan mata ganjaran yang anda perolehi. Tahap ini dikira berdasarkan turnover perdagangan dan pelaburan untuk tempoh seminggu yang lalu.

Maklumat lanjut mengenai koefisien boleh dibaca dalam halaman akaun bonus dalam myAlpari.

Mata ganjaran untuk aktiviti ini dikira berdasarkan formula berikut:

Bonus = Koefisien status myAlpari × Jumlah turnover jutaan, USD × Koefisien turnover perdagangan atau pelaburan semasa

Contoh
Andaikan bahawa baki perdagangan anda adalah sebanyak 0.7 juta USD dan anda mempunyai koefisien status myAlpari sebanyak 1.3. Sekiranya tahap turnover perdagangan semasa anda adalah 300 ALP untuk setiap sejuta, anda akan menerima:

1.3 × 0.7 million USD × 300 ALP = 273 ALP.

Tahap dari pelaburan dalam produk berstruktur

Dengan berlabur dalam produk berstruktur, anda boleh menaikkan jumlah mata ganjaran, menaikan ke tahap lebih tinggi dalam program. Tidak seperti mata ganjaran yang diterima dari turnover perdagangan dan pelaburan, tahap koefisien dalam kes ini bergantung kepada jumlah pelaburan. Mata ganjaran dari aktiviti ini dikira menggunakan formula berikut:

Bonus = Jumlah pelaburan (dalam seminggu) × Tahap koefisien × Koefisien status myAlpari

Tahap dari perdagangan Fix-Contracts

Berbeza dari mata ganjaran dari turnover perdagangan dan pelaburan, tahap koefisien dari perdagangan Fix-Contracts bergantung kepada jumlah pelaburan. Pelaburan yang lebih besar memberikan anda lebih banyak mata ganjaran untuk setiap dolar yang dilaburkan.

Mata ganjaran untuk aktiviti ini dikira menggunakan formula berikut:

Bonus = Kadar pelaburan × Tahap koefisien × Koefisien status myAlpari

Maklumat lanjut mengenai cara pengiraan mata ganjaran untuk perdagangan Fix-Contracts, bergantung kepada jumlah pelaburan dalam kontrak, boleh dibaca dalam peraturan program Alpari Cashback.

Sila ambil perhatian:

  1.  Mata ganjaran hanya akan dikreditkan sekali untuk pembukaan pertama mana-mana jenis akaun dagangan live.
  2.  Mata ganjaran bonus untuk pelaburan dalam akaun PAMM diberikan berdasarkan saham dana anda yang menyumbang dalam turnover.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas