JavaScript atau cookies tidak dibolehkan dalam pelayar internet anda. Anda perlu membolehkannya dalam tetapan pelayar internet untuk mengaktifkan ciri-ciri tertentu dalam laman web kami.

Apakah perbezaan antara tabung Capital dan Energy?

Akaun bonus terdiri dari tabung Capital dan tabung Energy. Tabung Capital menerima mata ganjaran yang diperoleh hasil dari transaksi deposit ke akaun dagangan atau akaun sementara, manakala tabung Energey menerima segala mata ganjaran lain yang diperoleh (sebagai contoh, dari turnover perdagangan atau pelaburan, hasil pelaburan dalam produk berstruktur dan portfolio pelaburan, mendaftar dengan myAlpari, dan lain-lain). Unit mata ganjaran dalam tabung dinyatakan dalam ALP.

Apabila anda membeli diskaun, mata ganjaran dari tabung Energy akan digunakan terlebih dahulu. Sekiranya mata ganjaran tidak mencukupi dalam tabung, maka mata ganjaran akan digunakan dari tabung Capital. Selain itu, mata ganjaran dari tabung Capital akan ditolak apabila dana dikeluarkan dari myAlpari.

Contoh pengiraan dana dalam tabung Capital dan Energy:

Status myAlpari pelanggan adalah Silver, maka mata ganjaran akan didarabkan dengan koefisien 1.1. Sekiranya pelanggan memasukkan deposit dalam akaun sebanyak 1,000 USD, maka mata ganjaran akan diberikan berdasarkan formula berikut:

Jumlah mata ganjaran bonus = Jumlah deposit × Koefisien status × Bonus dari aktiviti.

Bilangan ALP untuk pelanggan adalah: 1,000 × 1.1 × 0.1 = 110 ALP.

Pelanggan meneruskan perdagangan dan pelaburan dalam pasaran dan menerima 400 mata ganjaran tambahan. Dengan mata ganjaran yang diterima, pelanggan membeli diskaun yang bernilai 500 ALP, menggunakan mata ganjaran dari tabung Energy. Pelanggan melakukan dagangan dalam akaun, dan memperoleh keuntungan sebanyak 300 USD, dan kemudian memutuskan untuk mengeluarkan 1,100 USD.

Mata ganjaran akan ditolak dari tabung Capital berdasarkan formula berikut:

Penolakan mata ganjaran bonus = Jumlah pemindahan × Koefisien status × Bonus dari aktiviti.

Dengan itu, apabila melakukan pengeluaran, mata ganjaran pelanggan akan ditolak sebanyak: 1,100 × 1.1 × 0.1 = 121 ALP.

Adakah soalan anda terjawab?

Dalam proses...   Dalam proses...
Kembali ke atas