Apakah itu pemantauan akaun PAMM? Apakah penilaian yang termasuk dalam pemantauan?

Pemantauan akaun PAMM — sistem gambaran grafik hasil operasi perdagangan akaun PAMM. Operasi deposit dan pengeluaran tidak diambil kira dalam carta.

Saham menunjukkan pemilikan pelabur dalam akaun PAMM, atau dalam kata lain, ekuiti satu akaun pelaburan berbanding ekuiti akaun PAMM secara menyeluruh.

Harga saham menunjukkan perubahan ekuiti dalam akaun PAMM yang hanya bergantung kepada hasil perdagangan pengurus. Harga saham adalah sama untuk semua pelabur dalam akaun PAMM (termasuk pengurus). harga saham boleh dikira dengan membahagikan ekuiti akan PAMM dengan bilangan saham (untuk akaun pelaburan, ekuiti akaun dibahagikan dengan bilangan saham dalam pemantauan). Harga saham akaun PAMM akan dikira semual setiap kali rollover akaun PAMM berjalan. Harga saham awal apabila akaun PAMM diaktifkan adalah 100 unit mata wang denominasi akaun.

Bilangan saham pelabur digunakan dalam memperuntukan keuntungan dari perdagangan pengurus dalam kalangan akaun pelaburan, Untuk mengira bilangan saham akaun pelaburan, ekuiti akaun dibahagikan dengan harga saham. Bilangan saham akaun pelaburan akaun dikira semasa rollover aktif selepas permohonan deposit dan pengeluaran dilaksanakan.

Dalam pemantauan akaun PAMM, harga saham dan bilangan saham dikira dengan ketepatan sehingga titik perpulhan ke lima belas. Dalam myAlpari, harga saham dipaparkan sehingga dua titik perpuluhan manakala bilangan saham dipaparkan sehingga enam titik perpuluhan untuk kemudahan pelanggan.

Contoh 1:

Pelanggan membuka akaun pelaburan dan memasukkan deposit sebanyak 1,000 USD. Harga saham akaun PAMM pada rollover terbuka adalah 200.00 USD.Pelabur memegang 5.00 saham dalam akaun PAMM (1,000 dibahagikan dengan 200).

Pada rollover seterusnya, harga saham meningkat ke 250.00.
Ekuiti dalam akaun menaik ke 1,250 USD (250.00 × 5.00 = 1,250).

Pelabur kemudiannya memasukkan deposit tambahan sebanyak 500 USD. Pada rollover terbuka, harga saham adalah 250.00. Selepas deposit diproses, akaun pelabur akan menerima 2.00 saham akaun PAMM (500 / 250.00). Bilangan saham dalam akaun pelaburan kini adalah 7.00 dan ekuiti akaun PAMM akan dikira berdasarkan 7 saham pada rollover seterusnya.

Kadar pulangan menunjukkan peratusan keuntungan atau kerugian dalam tempoh masa tertentu untuk akaun pelaburan dan dikira menggunakan formula berikut:

(P2 - P1) / P1 × 100%

  • P1 — harga saham pada awal tempoh
  • P2 — harga saham pada akhir tempoh

Contoh 2:

Pelanggan membuka akaun pelaburan pada 1 Julai. Harga saham pada permulaan pelaburan adalah 250, yang kemudiannya meningkat sehingga 350 pada 1 Ogos.
Kadar pulangan dalam akaun pelabur adalah: (350 - 250) / 250 × 100 = 40%.

Anda boleh menggunakan formula berikut untuk mengira kadar pulangan dalam tempoh tertentu menggunakan graf prestasi dalam halaman pemantauan akaun PAMM:

( (D2 + 100) - (D1 + 100) ) / (D1 + 100) × 100%

  • D1 — kadar pulangan pada awal tempoh
  • D2 — kadar pulangan pada akhir tempoh

Sila ambil perhatian:

Pada penghujung selang perdagangan, pengurus akan menerima peratusan tertentu dari saham keuntungan setiap pelabur (hanya sekiranya perdagangan pengurus mendatangkan keuntungan). Jumlah pampasan yang akan diterima oleh pengurus adalah berdasarkan syarat yang ditentukan dalam tawaran pengurus. Pampasan pengurus akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pelaburan pengurus.

Penunjuk prestasi akaun PAMM:

  • Keuntungan relatif maksimum — jumlah maksimum yang boleh diperolehi pelabur sepanjang tempoh terbuka akaun PAMM
  • Drawdown maksimum (kerugian relatif) — jumlah maksimum kehilangan dana yang boleh ditanggung oleh pelabur untuk sepanjang tempoh terbuka akaun PAMM
  • Keuntungan harian maksimum — keuntungan harian tertinggi dalam akaun
  • Kerugian harian maksimum — kerugian harian tertinggi dalam akaun
  • Purata keuntungan harian — nilai purata keuntungan harian
  • Purata kerugian harian — nilai purata kerugian harian
  • Kadar turun naik pulangan harian — nilai purata semua keuntungan dan kerugian harian
  • Faktor pemulihan — nisbah antara keuntungan semasa dan drawdown relatif maksimum
  • Kadar risiko: kadar turun naik purata pulangan harian akaun PAMM, dan dinilai dalam julat berikut:

    • Kadar 1 — dari 0 hingga 1%
    • Kadar 2 — dari 1 hingga 3%
    • Kadar 3 — dari 3 hingga 5%
    • Kadar 4 — dari 5 hingga 7%
    • Kadar 5 — dari 7% dan keatas
  • Pulangan/risiko — nisbah antara purata keuntungan harian dan purata kerugian harian
  • Skala bintang — sistem penilaian akaun PAMM berdasarkan skala dari 0–5 bintang

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai penunjuk akaun PAMM dalam halaman pemantauan akaun.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.