Tanggungjawab sosial

Bersatu kita teguh, bersama kita berjaya

"Kami percaya yang sesiapa pun boleh menyebabkan perubahan dalam kehidupan mereka yang kurang bernasib baik, kerana kita sebagai manusia mempunyai sifat belas kasihan dan pemurah hati, dan hanya perlu menerapkannya dalam kehidupan."

Andrey Dashin

Pemilik jenama Alpari

Andrey Dashin terlibat dalam kerja kebajikan sejak tahun 2000. Beliau menubuhkan Alpari Charitable Fund pada 2005, memberikan sokongan kepada kanak-kanak kurang bernasib di Russia.

Dalam tahun 2014, Andrey and Julia Dashin's Foundation ditubuhkan di Cyprus.

Andrey Dashin terlibat dalam kerja kebajikan sejak tahun 2000. Beliau menubuhkan Alpari Charitable Fund pada 2005, memberikan sokongan kepada kanak-kanak kurang bernasib di Russia.

Dalam tahun 2014, Andrey and Julia Dashin's Foundation ditubuhkan di Cyprus.

Inisiatif kebajikan kami memberi sokongan kepada:

  • steps

    Pembelajaran, kebudayaan, dan institusi perubatan.

  • steps

    Golongan dalam kesusahan, termasuk keluarga besar dan orang kurang berkeupayaan.

  • steps

    Kanak-kanak dan keluarga yatim.

Alpari Charitable Fund

Alpari Charitable Fund ditubuhkan dengan bersasaran untuk menyediakan bantuan kepada kanak-kanak agar mereka berpeluang untuk membesar dan mengembangkan potensi penuh, tanpa mengira latar belakang ekonomi sosial, keadaan keluarga, atau kekurangupayaan sama ada fizikal atau mental.
Dengan tumpuan utama untuk menyediakan sokongan kepada kanak-kanak dengan penyakit kronik, dan juga kanak-kanak yatim dan keluarga angkat, yayasan ini telah memberikan bantuan perubatan dan pemulihan kepada lebih dari 400 kanak-kanak dan sehingga 4,000 keluarga kurang bernasib baik untuk mengatasi kemisikinan.
Yayasan ini memiliki lebih dari 10 program sokongan sosial, dalam mana sokongan disedianakan, dan telah menganjur lebih dari 300 acara dan pengumpulan dana sepanjang tahun. Sokongan tetap untuk program jenis sebegini telah menjadi tradisi syarikat, dan kami menyediakan tangan terbuka kepada mereka yang ingin menyertai kami untuk membantu dan memberi pertolongan!

Program kami

Kelas induk

Kelas induk

Kami mendidik golongan ibu dengan kanak-kanak kurang upaya cara membuat kraftangan menarik.

Bersatu kita teguh, bersama kita berjaya

Bersatu kita teguh, bersama kita berjaya

Kami menganjurkan kelas amal untuk mereka yang ingin membantu, tetapi tidak mengetahui cara terbaik untuk berbuat demikian.

Surat untuk Santa

Surat untuk Santa

Kami memenuhi hajat Christmas kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.

Taman anda

Taman anda

Kami mengumpul benih dan alatan berkebun untuk kanak-kanak dalam institusi sosial.

Andrey and Julia Dashin’s Foundation

Sejak penubuhan asasi kebajikan ini, Andrey and Julia Dashin’s Foundation telah bekerja untuk mengubah kehidupan rakyat Cyprus. Yayasan ini menggunakan pendekatan menyeluruh, menghulurkan bantuan apabila diperlukan, dan memenuhi keperluan dengan mempertimbangkan semua aspek sosial.

Yayasan ini bermatlamat untuk menyelesaikan masalah dengan cara memberikan bantuan kewangan secara terus kepada individu dan keluarga yang mengalami kekurangan dari segi sosial dan ekonomi. Yayasan ini secara terutamanya menyasarkan untuk memperbaik kehidupan komuniti dan keluarga didalamnya dengan menjamin kesihatan, dan memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada segala keperluan asas untuk kehidupan selesa.

Kerjasama & penajaan

Yayasan Andrey and Julia Dashin’s Foundation sentiasa mengambil bahagian dalam pelbagai inisiatif bersama NGO (badan bukan kerajaan) dan institusi serupa yang lain. Kami kekal dengan matlamat utama iaitu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di Cyprus. Kami terbuka untuk kerjasama baru dan sentiasa bersedia untuk menaja projek yang bermatlamat untuk memperbaharui kehidupan atau persekitaran. Berikut merupakan sebahagian dari inisiatif dalam mana kami terlibat:

Anti-Cancer Society di Cyprus

Anti-Cancer Society di Cyprus

Organisasi kebajikan terdaftar yang menjaga golongan penghidap barah, memberi perkhidmatan penjagaan paliatif setaraf standard antarabangsa. Organisasi ini juga menyediakan sokongan kepada keluarga dan penjaga pesakit, beserta memberi kesedaran awam tentang pengelakan, diagnosis, rawatan, dan pelepasan penyakit ini.

Independent Social Support Body

Independent Social Support Body

Dipengerusikan oleh First Lady Cyprus, institusi ini bermatlamat untuk memberikan sokongan kewangan sebanyak mungkin kepada pelajar universiti yang berhadapan dengan situasi sukar, secara khususnya dari segi sosial, untuk memastikan bahawa mereka boleh meneruskan dan menamatkan pengajian tinggi.

Red Cross Society di Cyprus

Red Cross Society di Cyprus

Organisasi kemanusiaan ini mempunyai misi untuk mengelakkan dan meringankan penderitaan manusia tanpa berdiskriminasi, dan untuk menyokong dan mempersiapkan individu dan masyarakat untuk bertindak balas dengan berkesan terhadap kecemasan sama ada ketika waktu perang atau damai.

Alam sekitar

Alam sekitar

Selain dari menyertai inisiatif kebajikan untuk membantu manusia, yayasan Andrey and Julia Dashin’s Foundation juga menyediakan sokongan untuk sebilangan inisiatif persekitaran, seperti Green Dot Cyprus, yang bertumpuan untuk mengitar semula dan mengurangkan sisa, dan juga Let’s Do it Mediterranean, kempen yang menggabungkan organisasi di seluruh perantauan bersama untuk membersihkan Laut Mediterranean.

Bagaimana anda boleh membantu?