Kami kini 19 tahun!

Keselamatan dan perlindungan dana

Di Alpari, keselamatan dana pelanggan merupakan satu dari keutamaan kami. Sehubungan dengan itu, kami telah mengambil langkah yang diperlukan untuk melindungi pelaburan anda. Akaun terasing (segregated accounts) adalah elemen utama dalam memastikan keselamatan sistem kewangan kami terjamin.

Cara kami mengekalkan tahap perlindungan yang tinggi untuk pelanggan kami

  • Dana disimpan secara berasingan

    Dana pelanggan diasingkan secara sepenuhnya dari dana syarikat dan disimpan dengan bank yang dipercayai dalam akaun khas (dipanggil akaun terasing), dan tersedia untuk perlindungan dana pelanggan sepenuhnya selama mana mereka ingin meyimpan bersama kami. Kami tidak menggunakan dana pelanggan untuk tujuan operasi atau pelaburan.

  • Kerjasama bersama bank

    Alpari bekerja bersama bank yang mempunyai tahap kepercayaan yang tidak dipertikaikan. Maklumat lanjut mengenai bank ini terdapat dalam halaman "Pilihan deposit dan pengeluaran" di laman web kami.

  • Teknologi penyulitan yang moden

    Alpari menggunakan protokol kriptografi SSL (Secure Socket Layer), yang memberikan sambungan yang selamat untuk melakukan transaksi. Data disulitkan untuk mengelakkannya dari dicuri atau diakses oleh pihak ketiga semasa proses pemindahan. Disamping itu, semua data dihantar sekaligus secara menyeluruh untuk memastikan ia kekal tercantum.

    Untuk memastikan ketepatan terminal dan server semasa pemindahan data, identiti pihak terlibat disahihkan menggunakan kriptografi kekunci-awam.

  • Syarat perdagangan dan polisi maklumat yang jelas dan telus

    Alpari mencuba sedaya upaya untuk memastikan ketelusan perniagaan sepenuhnya. Kami menetapkan standard piawai kewangan yang tegas dan bertanggungjawab untuk melaporkan aktiviti kami ke pihak berkuasa dalam pengawasan secara berkala.

Kami dipercayai oleh jutaan pelanggan dari seluruh dunia

Alpari telah bekerja dalam pasaran kewangan sejak tahun 1998. Tahap kepercayaan kepada syarikat ini telah menarik minat pelanggan dari 150 lebih buah negara.

Daftar

Kembali ke atas