Kami kini 19 tahun!

Membawa pulang mahkota catur ke Rusia

Menantikan masa membalas dendam

Alpari dan Sergey Karyakin telah mengharungi laluan yang panjang
dan sukar dalam perjuangan mendapatkan hadiah utama catur

Pada tahun 2012, Alpari menumpukan perhatian kepada grandmaster dengan potensi memberangsangkan yang masih muda, Sergey Karyakin, dengan harapan yang tinggi. Kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian kerjasama, memberikan mereka matlamat yang tinggi untuk membawa pulang takhta catur kembali ke Rusia. Alpari merupakan penaja peribadi pertama untuk pemain catur dari Rusia tersebut.

Dalam tempoh kerjasama, kami telah menetapkan trend catur di Rusia, dan menghidupkan industri penajaan catur.

Ambil bahagian

Kerjasama Alpari dan Sergey Karyakin

Ramai menjangkakan kemenangan mudah
untuk Carlsen, tetapi sebaliknya berlaku

  • Sergey Karyakin
    Sergey Karyakin
  • Magnus Carlsen
    Magnus Carlsen

New York

VS

10-30
November
2016

    • Karyakin mempamerkan bahawa beliau telah bersedia menghadapi pertempuran buat pertama kali ini.
    • Sergey Karyakin
    • 43 gerakan

      0.5: 0.5

      Pusingan 1

      11 November

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen mengakui bahawa kedudukan Sergey sangat kuat untuk pusingan pertama.
    • Sergey menganggap pusingan kedua ini
      sengit. tetapi tidak
      terlalu menghiburkan.
    • Sergey Karyakin
    • 31 gerakan

      1: 1

      Pusingan 2

      12 November

    • Magnus Carlsen
    • Magnus berkata bahawa saingannya tidak memberi masalah untuk dirinya.
    • Sergey Karyakin bertahan dengan cekap.
    • Sergey Karyakin
    • 78 gerakan

      1.5: 1.5

      Pusingan 3

      14 November

    • Magnus Carlsen
    • Magnus Carlsen menyerang tanpa henti.
    • Karyakin menggunakan strategi agresif, tetapi terpaksa mengakhirkan pusingan secara selamat.
    • Sergey Karyakin
    • 94 gerakan

      2: 2

      Pusingan 4

      15 November

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen memuji grandmaster dari Rusia ini kerana mampu membuatkan pusingan ini seri.
  • 3 pusingan seterusnya juga berakhir dengan seri.
    • Kemenangan buat Karyakin. "Saya menggunakan cita-cita Carlsen terhadap dirinya", Sergey berkata.
    • Sergey Karyakin
    • 53 gerakan

      4.5: 3.5

      Pusingan 8

      21 November

    • Magnus Carlsen
    • Kesilapan Magnus membawa padah dalam keputusan.
    • Karyakan memegang kelebihan, tetapi gagal untuk menjumpai gerakan yang akan membawa kemenangan.
    • Sergey Karyakin
    • 74 gerakan

      5: 4

      Pusingan 9

      23 November

    • Magnus Carlsen
    • "Saya lega bahawa saya terselamat. Saya tidak bermain dengan baik, dan boleh berakhir dengan masalah", Carlsen memberi komen.
    • Sebab kekalahan Karyakin adalah akibat dari kesilapan yang dilakukan pada gerakan ke 56.
    • Sergey Karyakin
    • 75 gerakan

      5: 5

      Pusingan 10

      24 November

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen mampu mengumpul kekuatan selepas dua pusingan yang tidak berjaya dan menyamakan kedudukan.
    • "Saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya untuk pusingan ini, tetapi gembira ia berakhir dengan seri", akuan Karyakin.
    • Sergey Karyakin
    • 34 gerakan

      5.5: 5.5

      Pusingan 11

      26 November

    • Magnus Carlsen
    • Kedua-dua belah pihak tidak memegang kelebihan dan bersetuju untuk mengakhiri pusingan secara seri.
    • Pusingan terakhir berlangung selama setengah jam. Karyakin berkata bahawa beliau berpuas hati dengan seri.
    • Sergey Karyakin
    • 30 gerakan

      6: 6

      Pusingan 12

      28 November

    • Magnus Carlsen
    • "Pemutus seri adalah bagus untuk saya", pendapat Carlsen.

Pemutus seri

30 November

    • Sergey Karyakin bermula dengan buah putih dan dengan berat hati bersetuju untuk seri.
    • Sergey Karyakin
    • 37 gerakan

      0.5: 0.5

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen tekad untuk menghadiahkan dirinya sempena hari jadi beliau.
    • Karyakin bernasib baik dapat menyelamatkan pusingan ini, walaupun analisis komputer menunjukkan bahawa beliau sepatutnya kalah pada gerakan ke 31.
    • Sergey Karyakin
    • 84 gerakan

      1: 1

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen bermain dengan penuh keazaman, meletakkan lawannya dalam kedudukan yang sukar, tetapi kejayaan terlepas dari genggaman.
    • Sergey menghadapi masalah masa, dan akhirnya mengalah pada gerakan ke 37.
    • Sergey Karyakin
    • 38 gerakan

      1: 2

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen bermain dengan tenang walaupun terlepas kemenangan pada pusingan sebelumnya.
    • Karyakin sekali lagi mengalami kekurangan masa dan beliau redha menerima kekalahan.
    • Sergey Karyakin
    • 50 gerakan

      1: 3

    • Magnus Carlsen
    • Carlsen memegang kelebihan sepenuhnya, dan pemain dari Norway ini dengan yakin menamatkan pusingan dengan kemenangan.

Perlawanan antara Karyakin dan Carlsen termaktub dalam sejarah. Pertembungan ini diikuti lebih dari 3 juta peminat dari 200 buah negara, rekod yang sangat tidak dijangka.

Karyakin memegang imej kebangkitan semula catur Rusia.

Perlawanan untuk mahkota catur ini merupakan salah satu dari perlawanan paling menarik dan sengit dalam sejarah trofi ini. Peminat catur amat berpuas hati dengan prestasi pemain Rusia ini, yang menimbulkan persoalan tentang ura-ura kekebalan jaguh catur dunia.

Gelaran juara kekal dengan pemain catur dari Norway tesebut, namun Sergey Karyakin telah memenangi hati peminat catur di serata dunia. Selepas pertembungan ini, mereka sekali lagi bertemu di kejohanan catur blitz dunia, dimana Sergey berjaya mengalahkan Carlsen.

Kejohanan Candidates Tournament kini sedang dinanti-nantikan, dalam mana Karyakin akan bertarung untuk mendapatkan hak bertanding dalam kejohanan catur dunia.

Kami benar-benar yakin bahawa Sergey akan melunaskan dendam dan memenuhi
impiannya untuk membawa pulang mahkota catur kembali ke Rusia!

Ambil bahagian

Kembali ke atas