Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama pemenang pusingan ke-13 peraduan Trader Wars

Tarikh penerbitan: 10 january 2019

Pelanggan yang dihormati,

Dengan bangga kami ingin memperkenalkan Mikhail - pemenang pusingan ke-13 peraduan "Trader Wars". Mikhail bukan kali pertama bergelar juara, dan kami meminta agar beliau berkongsi rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Tahniah atas kemenangan anda! Bolehkah anda berkongsi pandangan anda tentang peraduan. Apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Saya amat menggemari peraduan ini. Saya menyertai sejak pusingan pertama dan, seperti yang anda lihat, saya masih meneruskannya sehingga kini. Perkara yang paling menarik untuk saya adalah playoff, walaupun sekiranya saya tidak berjaya memasuki peringkat tersebut. Dalam pertandingan lain tidak ada peringkat seperti itu. Trader Wars - ia mempunyai segala-galanya: pertarungan sengit, kadang-kadang drama tercetus, emosi dan tenaga fizikal digunakan sepenuhnya, dan banyak lagi.

Pertarungan sangat sengit! Bagaimanakah anda berjaya memenangi saingan yang sukar?

Bagi diri saya, peraduan sudah sukar sejak permulaan peringkat pertama, apabila perlu menjadi antara enam belas peserta terbaik dalam peringkat. Boleh dikatakan bahawa segala-galanya diputuskan, pada minit terakhir pertarungan. Peringkat playoff itu juga tidak mudah - sehingga saat terakhir kadang-kadang tidak jelas siapa yang akan menang. Sehingga lima hari berturut-turut satu lawan satu. Pengalaman mungkin membantu untuk menang, dan sememangnya agak bertuah pada waktu yang tepat. Bagi saya, ia adalah perlawanan kedua dalam pertandingan Trader Wars. Pertandingan pertama di pusingan 1 tidak berjaya untuk saya, tetapi sekarang semuanya telah berhasil, walaupun persaingan dalam pusingan itu sangat tinggi. Lihatlah keputusan yang ditunjukkan dalam peratusan oleh beberapa peserta semasa peringkat awal. Saya berharap agar pertandinganakan terus berterusan dan mereka yang benar-benar mahu memenanginya pasti menang. Saya berharap anda semua nasib baik!

Mikhail

Apa yang membantu anda menenangkan emosi apabila berdagang? Ia sangat penting. Atau adakah anda, sebaliknya, memilih untuk melepaskan dan mengikut emosi?

Bagi saya, emosi boleh membantu. Sudah tentu pada saat kritikal, ketika itu benar-benar perlu untuk memahami berapa banyak pasaran dapat memberikan untuk mencapai hasil yang saya perlukan. Dan emosi - ini hanya kemudian, apabila semua rancangan berjaya.

Adakah terdapat detik-detik apabila keinginan untuk berdagang Forex meninggalkan anda? Apa yang membuatkannya kembali?

Saya tidak perlu kembali, kerana saya tidak pernah meninggalkannya. Kerugian telah berlaku lebih dari satu kali, tetapi selalu ada masa yang sangat singkat untuk pulih. Dan saya memulakannya sekali lagi.

Sekiranya anda diberikan tiga hasrat, apakah yang anda akan minta?

Pada zaman kanak-kanak saya mempunyai hasrat, tetapi itu pada zaman kanak-kanak! Dan jika saya mula menyenaraikan sekarang - apa yang akan difikirkan semua orang? Sekarang, biarlah ia dirahsiakan hanya untuk zaman kanak-kanak!

Adakah terdapat pedagang yang terkenal yang akan memberi inspirasi kepada anda?

Jesse Livermore.

Di Amerika Syarikat, mereka suka melakukan resolusi menjelang tahun baru - matlamat untuk diri sendiri yang anda janji untuk memenuhi pada tahun yang akan datang. Matlamat apa yang akan anda tetapkan untuk diri anda pada tahun 2019?

Untuk menjadi diri sendiri.

Salam hormat,
Alpari

 

Kategori: Tawaran dan promosi

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
31
1
2
3
4
5
6
1
7
8
9
10
11
12
13
2
14
15
16
17
18
19
20
3
21
22
23
24
25
26
27
4
28
29
30
31
1
2
3
5
4
5
6
7
8
9
10
6

Lihat berita lepas

Kembali ke atas