Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama penerima hadiah pusingan ke-13 peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 26 december 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memperkenalkan penerima hadiah pusingan ke-13 peraduan "Trader Wars" - Elena and Artem Sibisov, yang menduduki tempat kedua dan ketiga. Kami menjalankan temu bual dan meminta agar mereka berkongsi sedikit sebanyak tentang kehidupan mereka dan rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Sunggu menakjubkan bahawa kalian berdagang bersama sebagai keluarga. Ini merupakan kali pertama kami menerima peserta sebegini dalam peraduan. Kami amat tertarik untuk mendengar kisah bagaimana ini semua bermula. Elena, anda menyebut bahawa dunia Forex diperkenalkan oleh suami anda. Bagaimanakah beliau berbuat demikian?

Saya mula didedahkan tentang Forex secara sedikit demi sedikit ketika berbual dengan rakan dan kenalan, kemudian saya menerima idea untuk mencuba dengan sendiri, walaupun saya tidak merasakan bahawa saya akan mencubanya tanpa saranan dari suami saya. Kami mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan secara online, ada yang mengecewakan, ada yang tidak memberikan hasil yang kami inginkan. Disebabkan itu suami saya mula mencuba Forex. Beliau mula mengkaji, membaca bahan rujukan online, membuat graf, memuat turun penunjuk dan penasihat, dan berkongsi segalanya dengan saya. Minat terhadap Forex semakin memupuk, dan kami mula berdagang bersama-sama.

Adakah anda membantu satu sama lain ketika berdagang, atau lebih menggemari berdagang secara berasingan? Adakah anda menggunakan sebarang strategi yang serupa, dan memberi sokongan dalam perdagangan?

Elena dan Artem Sibisov

Sudah tentu, boleh dikatakan mustahil untuk tidak menolong satu sama lain. Kami memberi nasihat dan saling bertukar pendapat. Ada kalanya kami berdagang secara berasingan, bergantung kepada keadaan dan situasi dalam pasaran.

Adakah Forex mengganggu kehidupan seharian, atau menjadikan keluarga anda lebih rapat?

Berdagang bersama, dan juga mempunyai minat yang serupa, boleh merapatkan hubungan. Walaupun ada kalanya kami mempunyai ketidakfahaman antara satu sama lain, tetapi kami memahami bahawa ini adalah lumrah kehidupan. Sedangkan lidah lagi tergigit...

Apakah alatan yang biasa digunakan dalam perdagangan?

Baru-baru ini, kami mula menerapkan pasangan mata wang EURUSD dan membangunkan straegi perdagangan sendiri. Adakalanya kami menggunakan pasangan mata wang utama, dan juga AUDNZD untuk perdagangan jangka masa panjang.

Apakah bahan latihan yang anda sarankan untuk pedagang baru?

Kami tidak boleh menyarankan bahan rujukan yang khusus, tetapi terdapat pelbagai sumber rujukan online untuk dipilih.

Kebanyakan orang membuat azam menjelang tahun baru, sebagai sasaran untuk dicapai pada tahun berikutnya. Apakah impian yang anda tetapkan untuk tahun 2019?

Kami bercita-cita untuk membeli rumah sendiri, dan akan berusaha setungkus-lumus untuk merealisasikannya dalam tahun 2019. Kami akan bekerja keras untuk mencapai sasaran sebelum tahun berikutnya berakhir!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
1
2
48
3
4
5
6
7
8
9
49
10
11
12
13
14
15
16
50
17
18
19
20
21
22
23
51
24
25
26
27
28
29
30
52
31
1
2
3
4
5
6
1

Lihat berita lepas

Kembali ke atas