Kami kini 19 tahun!

Alpari - 20 tahun menerajui perdagangan online

Tarikh penerbitan: 24 december 2018

Pelanggan yang dihormati,

Alpari menyambut ulang tahun ke 20 hari ini, pada 24 Disember 2018. Sepanjang tempoh tersebut, Alpari berubah dari pusat perdagangan tempatan kecil menjadi jenama kewangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pendidikan dan analisis dalam pasaran kewangan, beserta membangunkan produk dan perkhidmatan IT. Kini, Alpari merupakan salah satu dari 5 broker Forex terbesar di dunia, berkhidmat untuk lebih dari dua juta pelanggan dari melebihi 150 buah negara, menerajui pasaran antarabangsa dari segi jumlah perdagangan dan bilangan pelanggan.

Pemilik jenama Alpari, Andrey Dashin

Kejayaan kami bukanlah secara tidak sengaja, memandangkan sasaran kami sejak permulaan lagi adalah untuk menetapkan standard industri, mencari, melaras, dan memperkenal perkhidmatan antarabangsa terbaik, membina produk dan perkhidmatan unik tersendiri, dan untuk menerajui sfera teknologi. Komitmen kami untuk daya saing telus dan sihat dalam industri membantu kami untuk memperoleh kepercayaan dan kredibiliti dari para pelanggan di serata dunia, seperti yang dipaparkan oleh hasil keputusan kualiti dan kuantiti kami. Telah jelas bahawa Alpari bersedia untuk menakluk puncak baru, dengan jumlah perdagangan dalam 11 bulan pertama tahun 2018 melebihi 1.5 trillion USD.", ungkapan pemilik Alpari, Andrey Dashin.

Hari ini, Alpari memiliki kelebihan tiada tandingan yang meletakkan syarikat kami di tempat teratas dalam pasaran Forex global, seperti produk yang diberbaharui, tawaran fungsi terkini, dan syarat perdagangan yang unik. Pelanggan, pedagang, dan pelabur Alpari diberikan kemudahan seperti platform mudah alih dan aplikasi terkini: lebih dari 50 alatan perdagangan, pelbagai jenis akaun, dan pilihan deposit dan pengeluaran dana yang menyelesakan. Alpari mementingkan kemudahan dan keselamatan transaksi pelanggan, dan sehubungan dengan itu, menyediakan bantuan dan sokongan analisis pada bila-bila masa, di mana jua.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
1
2
48
3
4
5
6
7
8
9
49
10
11
12
13
14
15
16
50
17
18
19
20
21
22
23
51
24
25
26
27
28
29
30
52
31
1
2
3
4
5
6
1

Lihat berita lepas

Kembali ke atas