Kami kini 19 tahun!

Temubuat bersama pemenang pusingan ke-12 peraduan Trader Wars

Tarikh penerbitan: 13 december 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami telah mengadakan temubual bersama pemenang pusingan ke-12 peraduan Trader Wars untuk berkongsi rahsia kejayaan, tetapi beliau meminta agar kami menyembunyikan nama untuk melindungi identiti.

Pemenang pusingan ke-12 peraduan Trader Wars

Boleh kongsikan pendapat anda tentang peraduan baru ini. Apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Peraduan yang amat menarik dan amat berdaya saing. Peringkat pertama boleh dilepasi dengan mudah, tetapi pusingan kedua mula menjadi sengit. Saya harus berjaga setiap hari, hampir sepanjang waktu, selama seminggu, yang merupakan minggu paling sukar untuk saya. Tetapi pada saya, kemenangan yang saya perolehi adalah berbaloi.

Peraduan ini amat menarik untuk saya. Saya menyukai bagaimana ia dijalankan, diorganisasi, dibahagikan kepada dua peringkat: pembentukan puak dan kemudian, pertarungan harian, sengit dan mencabar. Tidak ada perkara yang saya ingin mengubah. Mungkin hadiah wang tunai tambahan boleh ditawarkan untuk pemenang tempat keempat, untuk menjadikan peraduan ini lebih seronok.

Ceritakan kepada kami bagaimana anda menceburi Forex, kerana ini bukan merupakan bidang dalam mana sering terdapat wanita.

Forex mula meraih populariti kira-kira dua tahun lalu, dan sebelum itu, sekali-sekala akan mendengari dalam perbualan sahabat dan kenalan. Salah satu dari mereka dahulu berdagang Forex dan berkongsi kejayaannya dengan saya, dan mendorong saya untuk mula memupuk minat dalam mengambil peluang menceburi perdagangan. Pada mulanya adalah sedikit sukar, seperti yang dilalui oleh semua orang. Kini saya mula memperoleh pencapaian berbeza, tetapi masih sentiasa mencuba untuk memperbaiki kemahiran. Saya menganggap Forex sebagai hobi unik, tetapi dengan perspektif atau harapan untuk mencapai kebebasan dari segi kewangan.

Apakah gaya perdagangan Forex yang anda gemari?

Saya sejak kebelakangan ini berdagang untuk jangka masa sederhana. Ia lebih menenangkan, dan tidak memakan masa yang besar. Saya mencuba untuk menumpukan perhatian terhadap kadar utama untuk rintangan dan sokongan, mengikuti trend. Saya tidak selalu menggunakan penunjuk, dengan pengecualian RSI.

Bagaimanakah reaksi keluarga dan sahabat terhadap minat anda dalam pasaran kewangan?

Dalam kalangan keluarga, hanya suami saya yang mengetahui tentang hobi saya ini. Tidak menghalang, malahan menggalakkan saya untuk melibatkan diri dalam perdagangan.

Bagaimanakah anda boleh menggambarkan percutian sempurna yang anda hajatkan?

Percutian ideal boleh berbeza, bergantung kepada emosi, dan situasi semasa. Kadang kala, ingin bersendirian, menikmati kesenyapan. Ada kalanya, ingin bersama keluar, keluar berjalan-jalan, bersantai, mungkin menonton wayang, atau berehat di kafe. Meluangkan masa bersama rakan, minum teh dan berborak. Kadang kala ingin hanya berada di rumah, tidak bergegas kemana-mana, hanya mengikut kehendak hati, mandi, menonton filem, makan manisan... menjauhkan diri dari segalanya. Sentiasa berbeza. Pada saya, cuti yang sempurna adalah mengikut kemahuan anda.

Apakah nasihat yang anda boleh berikan kepada pedagang baru? Apa yang perlu diberi perhatian dan apa yang boleh diabaikan?

Nasihat saya adalah mula berdagang dalam akaun demo. Jangan terburu-buru untuk berdagang wang sebenar, kerana besar kemungkinan, anda hanya akan mengalami kehilangan. Mungkin biasa didengari, tetapi jangan lupakan pengurusan wang, mula dengan jumlah kecil. Berdagang dengan hemah, jangan mengharabkan tuah, disini bukan tempat untuk bergantung kepada nasib, begitu juga dengan emosi. Firasat pula perkara berbeza, terbentuk dari semasa ke semasa, dipupuk dengan pengalaman, dalam proses menganalisis situasi berbeza. Cipta prinsip sendiri dan berpegang teguh, dengan melakukan pelarasan untuk memperbaharuinya. Jangan tergesa-gesa untuk merisikokan segalanya, anda mungkin akan hilang semuanya.

Sertai pusingan seterusnya peraduan ini: daftar sekarang dan sertai pertarungan legenda antara dua puak!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
1
2
48
3
4
5
6
7
8
9
49
10
11
12
13
14
15
16
50
17
18
19
20
21
22
23
51
24
25
26
27
28
29
30
52
31
1
2
3
4
5
6
1

Lihat berita lepas

Kembali ke atas