Kami kini 19 tahun!

Perubahan dalam syarat perdagangan untuk akaun STANDARD

Tarikh penerbitan: 26 november 2018

Pelanggan yang dihormati,

Dalam usaha berterusan kami untuk sentiasa melindungi kepentingan perdagangan pelanggan kami dalam keadaan pasaran dengan turun naik melampau yang tercetus dari ketidakstabilan politik dan ekonomi yang memberi kesan kepada pasaran antarabangsa, bermula dari 14/01/2019, kami akan menerapkan sedikit perubahan dalam syarat perdagangan untuk akaun standard.mt4 dan standard.mt5.

Secara khususnya, sila ambil perhatian bahawa:

  • Untuk melindungi ekuiti pelanggan kami dari kekacauan dalam pasaran antarabangsa, kami akan mengurangkan had jumlah untuk setiap tahap leverage yang ditawarkan, dan dalam masa yang sama, mengekalkan kadar leverage tanpa sebarang perubahan.
  • Selain itu, sehubungan dengan struktur kaedah pelaksanaan pesanan Instant Execution dan kecairan terbatas yang tersedia untuk pesanan berjumlah 10,000,000, jumlah pesanan maksimum akan dikurangkan dari 100 ke 50 lot.

Maklumat lanjut mengenai keperluan margin semasa kami boleh dibaca dalam laman web kami.

Anda boleh melihat butiran terperinci mengenai syarat perdagangan baru disini.

Kami menyarankan agar anda mengambil kira perubahan yang dinyatakan ketika merancang untuk melakukan dagangan dan memastikan agar anda memiliki ekuiti yang mencukupi dalam akaun anda untuk melindungi kedudukan terbuka anda.

Kami memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang mungkin timbul dari perkara ini dan mengucapkan terima kasih atas kefahaman dan kerjasama anda.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, melalui skype (panggilan sahaja), emel ke malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Syarat perdagangan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
29
30
31
1
2
3
4
44
5
6
7
8
9
10
11
45
12
13
14
15
16
17
18
46
19
20
21
22
23
24
25
47
26
27
28
29
30
1
2
48
3
4
5
6
7
8
9
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas