Kami kini 19 tahun!

Temu bual: juara pusingan ketiga peraduan "Pengurus portfolio terbaik"

Tarikh penerbitan: 2 november 2018

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin memaklumkan keputusan peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk para pelabur. Setiap suku tahun, pelabur bertanding untuk menghimpun dan menguruskan portfolio pelaburan terbaik.

Jumlah dana hadiah sebanyak 1,800 USD dikongsi dalam kalangan 3 peserta teratas. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang, dan telah menjalankan temu buat pendek bersama juara pusingan, dan meminta agar beliau berkongsi tentang rahsia kejayaan dalam pelaburan:

Tempat pertama: Nikita Andreevich, hadiah: 1,000 USD.

Portfolio: Nice Dream EXTREME

Nikita Andreevich

Hai Nikita, ini merupakan pusingan kedua berturut-turut dimenangi oleh anda. Apakah rahsia kejayaan anda?

Rahsia saya untuk menguruskan pelaburan dengan berkesan adalah dari pengalaman pelaburan saya yang besar.

Apakah rancangan anda untuk pusingan ini?

Apabila berlabur, saya hanya merancang satu perkara, iaitu untuk mendapatkan keuntungan sambil mengekalkan kadar risiko yang berpatutan.

Berapa jauhkah strategi anda dalam pusingan ini berbeza dari strategi pelaburan biasa anda?

Saya tidak menukar struktur portfolio saya sama sekali sepanjang pusingan peraduan berlangsung, dan kejayaan saya adalah dari pilihan pengurus yang stabil. Strategi saya dalam pusingan ini langsung tidak berlainan dengan strategi pelaburan saya pada kebiasaannya.

Bagaimanakah dana dari pelabur lain memberi kesan terhadap keputusan akhir anda dalam peraduan?

Saya tidak menerima dana pelabur tambahan dalam portfolio sepanjang pusingan berlangsung, maka tiada sebarang kesan terhadap prestasi saya.

Adakah anda telah bermula membuat persediaan untuk pusingan terakhir dalam tahun ini?

Saya memutuskan untuk menyertai peraduan untuk menguji dan mengasah kemahiran berlabur saya, dan juga untuk bertanding dengan para pelabur lain. Saya meraih kemenangan dalam dua pusingan berturut-turut, dan berharap agar saya dapat memperoleh keputusan yang sama pada masa akan datang. Saya telah mula bersiap sedia untuk menghadapi pusingan terakhir tahun ini.

Adakah anda akan terus menguruskan portfolio anda dan menerima pelaburan baru pada tahun hadapan?

Saya berhasrat untuk terus menjalankan pengurusan portfolio dan juga menerima pelaburan baru pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Selain itu, saya juga ingin membuka beberapa portfolio lain, sebahagian dengan potensi pulangan tinggi, manakala yang lain dengan kadar risiko rendah.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah nasihat yang boleh diberikan kepada peserta semasa dan baru peraduan ini? Kami mempercayai bahawa hubungan sihat antara para pengurus boleh menjadikan peraduan ini lebih menarik.

Saya hanya mampu berharap agar para peserta peraduan ini akan mencapai kejayaan dan mendapatkan keuntungan yang stabil. Saya juga dengan suka cita akan melaburkan sebahagian dana saya dalam portfolio lain untuk mempelbagaikan pembahagian pelaburan saya bersama Alpari.

Lev Anatolevich

Tempat kedua: Lev Anatolevich, hadiah: 500 USD.

Portfolio: KOREA INVEST 2018

Tempat ketiga: Evgeny Valerievich, hadiah: 300 USD.

Portfolio: GrowUp

Evgeny Valerievich

Kepada anda yang bersedia untuk membuktikan kemahiran dan bertanding untuk memenangi hadiah utama sebanyak 1,000 USD, anda boleh menyertai pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca disini.

Tahniah buat semua pemenang dan semoga berjaya kepada peserta pusingan seterusnya!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
29
30
31
1
2
3
4
44
5
6
7
8
9
10
11
45
12
13
14
15
16
17
18
46
19
20
21
22
23
24
25
47
26
27
28
29
30
1
2
48
3
4
5
6
7
8
9
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas