Kami kini 19 tahun!

Lebih banyak ulasan analisis untuk pelanggan Alpari

Tarikh penerbitan: 11 october 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami kini akan mempunyai lebih banyak ulasan analisis dalam laman kami. Bahan ulasan dari Rino Purbono (Indonesia), dan CEO Alpari Research & Analysis (salah satu syarikat dibawah jenama antarabangsa Alpari, Roberto d'Ambrosio (Malta) akan mula diterbitkan, dan tersedia dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, dan Indonesia.

Rino Purbono bekerja dalam pasaran kewangan sejak tahun 2016. Beliau pernah bekerja sebagai broker Indonesia, ketika mana beliau bertanggungjawab untuk pendidikan Forex. Dalam masa yang sama, ulasan analisis beliau mula diterbitkan secara meluas dalam kalangan cawangan media tempatan.

Roberto d'Ambrosio bekerja dalam pasaran kewangan selama melebihi 15 tahun, dan memulakan kerjaya beliau sebagai pedagang. Baru-baru ini, beliau bertugas sebagai penasihat institusi untuk dana terlindung dan dana bersama, sebelum mula berkhidmat sebagai ahli pengurusan dalam syarikat broker Forex utama.

Alpari Research & Analysis Limited menyediakan bahan analisis dalam pasaran kewangan untuk pembaca antarabangsa. Ulasan pakar kami disediakan dalam penerbitan kewangan utama di serata dunia. Maklumat paling terkini boleh dijumpai dalam ruangan “Ulasan pasaran Forex” dari laman web Alpari, dan tersedia dalam 13 bahasa berbeza, termasuk English, Sepanyol, China, Russia, Portugal, dan lain-lain. Kini, jenama Alpari mempunyai lebih dari 2 juta pelanggan dari 150 buah negara.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Lain-lain

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
40
8
9
10
11
12
13
14
41
15
16
17
18
19
20
21
42
22
23
24
25
26
27
28
43
29
30
31
1
2
3
4
44
5
6
7
8
9
10
11
45

Lihat berita lepas

Kembali ke atas