Kemas kini sistem Windows 10 October 2018 Update (version 1809) akan memadam semua kata laluan yang disimpan dalam MetaTrader

25 Okt 201815:32

Pelanggan yang dihormati,

Pada 2 Oktober, Microsoft secara rasminya melancarkan kemas kini untuk menaik taraf sistem: Windows 10 October 2018 Update (version 1809). Kemas kini sistem ini akan memberi kesan terhadap tetapan dan kunci penyulit seperti mana apabila memasang sistem pengendalian Windows baru. Untuk melindungi maklumat peribadi pengguna MetaTrader, platform menghubungkan semua maklumat ke sistem operasi dan alatan perkakasan komputer, pada mana sistem pengendalian dipasang. Kaedah pelindungan ini memastikan bahawa walaupun sekiranya fail platform anda dicuri, tiada sesiapa boleh menghubungi server melalui akaun anda.

Walau bagaimanapun, dengan memasang Windows 10 October 2018 Update, semua kata laluan akaun dagangan yang disimpan dalam komputer anda akan dipadam dan perlu dimasukkan semula. Kami amat menyarankan anda untuk membuat persediaan sebelum memasang naik taraf baru tersebut  dengan meyimpan semua kata laluan anda secara selamat untuk memastikan bahawa anda boleh mengakses akaun anda kemudiannya.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, melalui skype (panggilan sahaja), emel ke malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.