Kami kini 19 tahun!

Dua penambahan baru dalam kumpulan antarabangsa Alpari: penganalisis Cesar Valencia (Chile) dan Renan Raminelli (Brazil)

Tarikh penerbitan: 17 september 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kumpulan penganalisis Alpari Research & Analysis Limited, salah satu dari syarikat antara bangsa jenama Alpari, akan menerima penganalisis baru, Cesar Valencia (Chile) dan Renan Raminelli (Brazil).

Cesar Valencia mempunyai pengalaman bekerja dalam pasaran kewangan selama lapan tahun. Beliau sebelum ini menjalankan perundingan untuk pengurusan permodalan, dan penyelesaian pelaburan berdasarkan analisis teknikal dan fundamental, beserta mengajar seminar bertema.

Pengalaman bekerja Renan Raminelli dalam pasaran kewangan turut sama mencecah lapan tahun. Sfera minat profesional beliau termasuk perdagangan bursa dan pasaran Forex. Sepanjang bekerja sebagai penganalisis, Renan memberi tumpuan terhadap analisis fundamental dan psikologi perdagangan.

Alpari Research & Analysis Limited menyediakan bahan analisis dalam pasaran kewangan untuk pembaca antarabangsa. Ulasan pakar kami disediakan dalam penerbitan kewangan utama di serata dunia. Maklumat paling terkini boleh dijumpai dalam ruangan “Ulasan pasaran Forex” dari laman web Alpari, dan tersedia dalam 13 bahasa berbeza, termasuk English, Sepanyol, China, Russia, Portugal, dan lain-lain. Kini, jenama Alpari mempunyai lebih dari 2 juta pelanggan dari 150 buah negara.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Lain-lain

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36
10
11
12
13
14
15
16
37
17
18
19
20
21
22
23
38
24
25
26
27
28
29
30
39
1
2
3
4
5
6
7
40

Lihat berita lepas

Kembali ke atas