Kami kini 19 tahun!

Keputusan cabutan undian kedua tawaran "Penuhi impian — 20 tahun Alpari"

Tarikh penerbitan: 12 september 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin mengumumkan mengenai cabutan undian kedua yang berjaya dilangsungkan untuk tawaran "Penuhi impian — 20 tahun Alpari". Cabutan undian dijalankan dan disiarkan secara langsung pada 12 September 2018 pada pukul 11:00 (GMT +3). Rakaman cabutan undian tersedia secara terbuka untuk awam dalam saluran YouTube Alpari.

Dana bonus diperuntukan sebanyak 22,000 USD, dan juga 400,000 ALP untuk program Alpari Cashback. Hasil cabutan undian dipaparkan dalam laman web random.org dan tersedia secara terbuka untuk awam melalui pautan ini.

Mengikut peraturan tawaran, hasil keputusan cabutan undian akan menentukan 30 pemenang unik. Untuk memenuhi syarat bahawa hanya satu hadiah boleh dimenangi oleh seorang peserta, laman web random.org akan menyediakan senarai sebanyak 80 peserta. Sekiranya dalam kalangan 30 kupon pemenang dimiliki oleh peserta yang sama, maka peserta seterusnya dari senarai akan dipilih. Selepas senarai disemak, kami mendapati bahawa terdapat beberapa kupon yang dimiliki oleh peserta yang sama (№ 747515, 640899, dan 890671), maka sehubungan dengan itu, kupon yang dimiliki oleh peserta yang berulang telah dikecualikan dari keputusan, dan hadiah telah dianugerahkan kepada peserta seterusnya dalam senarai. Kami mengucapkan tahniah kepada kesemua para pemenang!

Senarai kupon pemenang:

KedudukanKuponPengenal pastiHadiah
1 304788 R182 5,000 USD
747515 R182 dikecualikan
2 314719 T314 4,000 USD
3 529420 S279 3,000 USD
4 185529 A061 2,000 USD
5 855763 R998 2,000 USD
6 629326 M055 2,000 USD
7 592067 V525 1,000 USD
8 135141  J019 1,000 USD
9 238750 K882 1,000 USD
10 712957 O605 1,000 USD
11 291029 J719 20,000 ALP
12 393955 D263 20,000 ALP
13 908292 S154 20,000 ALP
14 176029 E623 20,000 ALP
15 142305 A457 20,000 ALP
16 288926 K496 20,000 ALP
17 180023 Z688 20,000 ALP
640899 R182 dikecualikan
18 613162 I653 20,000 ALP
19 932104 N276 20,000 ALP
20 521430 V490 20,000 ALP
890671 A457 dikecualikan
21 437393 P156 20,000 ALP
22 515398 W913 20,000 ALP
23 387000 B697 20,000 ALP
24 739863 M616 20,000 ALP
25 704306 V310 20,000 ALP
26 680801 A720 20,000 ALP
27 775482 J391 20,000 ALP
28 678577 V315 20,000 ALP
29 850308 E684 20,000 ALP
30 543253 A106 20,000 ALP

Maklumat lanjut mengenai syarat penerimaan hadiah dipaparkan dalam peraturan tawaran.

Kami ingin mengingatkan bahawa sempena dengan ulangtahun ke-20, jenama kewangan antarabangsa Alpari memutuskan untuk memperuntukan hadiah lumayan sebagai sebahagian dari tawaran "Penuhi impian — 20 tahun Alpari"! Pemilik kupon yang telah diaktifkan boleh menyertai tawaran. Kupon boleh diperoleh dengan memasukkan deposit ke akaun dagangan atau sementara dengan nilai sebanyak 1,000 USD, dan melengkapkan operasi perdagangan dengan jumlah sebanyak tiga lot penuh untuk mengaktifkan satu kupon. Semua jenis akaun untuk platform MetaTrader 4, dengan pengecualian akaun nano.mt4, boleh menyertai tawaran.

Sebanyak dua cabutan undian telah dijalankan, dan kini cabutan undian terakhir dalam penantian, dijadualkan pada 12 Disember. Dalam cabutan undian terakhir, selain dari dana bonus dan mata ganjaran, kami turut sama menawarkan hadiah wang tunai bernilai bersamaan dengan kenderaan mewah Mercedes GLS, BMW 5 Series, dan Polaris Slingshot (masing-masing bernilai 90,000 USD, 50,000 USD, dan 25,000 USD).

Kongsi kegembiraan dengan menyambut peristiwa bersejarah bersama kami dan jangan lepaskan peluang untuk memenuhi impian anda!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Tawaran dan promosi

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36
10
11
12
13
14
15
16
37
17
18
19
20
21
22
23
38
24
25
26
27
28
29
30
39
1
2
3
4
5
6
7
40

Lihat berita lepas

Kembali ke atas