Kami kini 19 tahun!

Seminar eksklusif pada 22 November bertajuk "Cara untuk menjadi pedagang yang berjaya dan mendapatkan pendapatan dari Forex yang stabil?"

Tarikh penerbitan: 5 september 2018

Pelanggan yang dihormati,

Alpari akan menganjurkan seminar unik secara percuma untuk para pelanggan dari Iran pada 22 November di Istanbul sempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 jenama Alpari.

Jurucakap jemputan adalah Tomasz Wisniewski, seorang pedagang dan penganalisis dengan 10 tahun pengalaman dalam pasaran kewangan. Tomasz memiliki ijazah Sarjana Muda dari University of Life Sciences di Warsaw, Poland, ijazah Sarjana dari University of Leeds di UK, dan lepasan ijazah untuk bidang pengurusan dari University of Warsaw. Sepanjang tempoh kerjaya beliau, Tomasz telah terlibat dengan lebih dari 400 seminar dan ceramah untuk para pedagang dari serata dunia. Tomasz sentiasa menerapkan analisis teknikal pada perdagangan dalam pasaran kewangan, dan menggunakan prinsip pengurusan aset yang tegas. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar, dalam mana pedagang profesional berkongsi rahsia dan taktik perdagangan beliau.

Seminar akan terdiri dari tiga bahagian, setiap satunya akan berlangsung selama dua jam:

Bahagian pertama:

  • Maklumat mengenai pasaran Forex, peserta utama pasaran kewangan antarabangsa, dan tentang jenama Alpari.
  • Jenis analisis pasaran — analisis fundamental, analisis teknikal, pecahan terperinci untuk penunjuk dan oscillator yang kerap kali digunakan dalam pasaran Forex hari ini.

Bahagian kedua:

  • Pendidikan strategi perdagangan, berasaskan maklumat sebelum ini.
  • Jenis keadaan pasaran berbeza dan sentimen peserta pasaran.
  • Faktor yang memudahkan peralihan anda dari akaun demo ke akaun sebenar. Pilihan elemen psikologi perdagangan Forex.

Bahagian ketiga:

  • Penerangan prinsip utama pengurusan permodalan.
  • Sesi soal jawab. Jawapan kepada persoalan pedagang, perbincangan langsung.

Waktu rehat antara sesi bahagian memberikan anda peluang keemasan untuk berkomunikasi dengan Tomasz secara berhadapan, dan untuk berkenalan dengan pedagang lain yang turut sama menyertai seminar.

Tarikh: 22 November.
Masa: 10:00–18:00.
Tempat: Titanic Business Golden Horn Hotel, Yenidoğan, Erciyes Street No:7 34030 Bayrampaşa, İstanbul, Turkey.
Seminar akan dijalankan dalam bahasa inggeris dengan tafsiran serentak dalam bahasa Farsi.
Penyertaan adalah percuma.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar emel: persian@alpari-support.com atau melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  • Telegram: +7 926 727 2388;
  • Telefon: +7 499 553 0229.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Ekspo dan seminar

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36
10
11
12
13
14
15
16
37
17
18
19
20
21
22
23
38
24
25
26
27
28
29
30
39
1
2
3
4
5
6
7
40

Lihat berita lepas

Kembali ke atas