Kami kini 19 tahun!

Cabutan undian kedua tawaran “Penuhi impian — 20 tahun Alpari” akan dijalankan pada 12 September

Tarikh penerbitan: 3 september 2018

Pelanggan yang dihormati,

Sukacita kami ingin mengumumkan bahawa cabutan undian kedua untuk tawaran ulangtahun "Penuhi impian — 20 tahun Alpari" akan dijalankan pada 12 September pukul 11:00 (GMT+3). Siaran langsung akan cabutan undian boleh ditonton dalam laman web Alpari dan juga dalam saluran rasmi YouTube. Peserta yang menduduki 10 tempat teratas akan menerima kredit dana bonus, manakala 20 pemenang berikutnya (tempat 11 hingga 30) akan memperolehi mata ganjaran ALP dari program Alpari Cashback. Jumlah dana hadiah adalah sebanyak 22,000 USD dalam bentuk dana bonus dan 400,000 ALP.

Peruntukan hadiah adalah seperti berikut:

KedudukanSaiz hadiah
1 5,000 USD
2 4,000 USD
3 3,000 USD
4 2,000 USD
5 2,000 USD
6 2,000 USD
7 1,000 USD
8 1,000 USD
9 1,000 USD
10 1,000 USD
11–30 20,000 ALP

Sebarang pelanggan yang memiliki kupon maya yang telah diaktifkan sebelum 8 September 2018 akan layak untuk menyertai cabutan undian kedua tawaran "Penuhi impian — 20 tahun Alpari". Senarai peserta, beserta dengan keputusan cabutan undian akan diterbitkan secara langsung dalam laman random.org, yang merupakan portal bebas untuk menjalankan cabutan undian umum. Peserta boleh mengenal pasti penyertaan melalui nombor kupon dan juga pengenal pasti, yang terdiri dari huruf pertama nama (abjad Latin) dan 3 digit terakhir dari nombor myAlpari.

Tawaran istimewa "Penuhi impian" dijalankan sempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 jenama kewangan antarabangsa Alpari. Anda boleh menerima kupon dengan memasukkan deposit sebanyak 1,000 USD ke dalam akaun dagangan atau sementara dan perlu mengaktifkan kupon tersebut dengan melengkapkan dagangan sebanyak 3 lot penuh untuk setiap satu kupon. Dalam peringkat akhir tawaran ini, dijadualkan pada 12 Disember 2018, selain dari hadiah dana bonus dan mata ganjaran ALP, kami juga akan mengadakan cabutan undian wang tunai dengan nilai bersamaan dengan kereta mewah berikut: Mercedes GLS (90,000 USD), BMW 5-Series (50,000 USD), Polaris Slingshot (25,000 USD).

Kongsi kegembiraan dengan menyambut peristiwa bersejarah bersama kami dan jangan lepaskan peluang untuk memenuhi impian anda!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Tawaran dan promosi

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36
10
11
12
13
14
15
16
37
17
18
19
20
21
22
23
38
24
25
26
27
28
29
30
39
1
2
3
4
5
6
7
40

Lihat berita lepas

Kembali ke atas