Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama juara peraduan "King of the Hill"

Tarikh penerbitan: 21 august 2018

Alexander Gavrilenko

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin memperkenalkan pemenang pusingan terkini peraduan King of the Hill: Alexander Gavrilenko. Kami menjalankan temubual bersama beliau dan meminta agar beliau berkongsi sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Anda memenangi peraduan ini dengan merisikokan jumlah yang besar (purata dagangan adalah sebanyak 238.41 USD). Boleh ceritakan kepada kami tentang strategi yang anda gunakan sehingga berjaya menunjukkan keputusan yang amat memberangsangkan, dengan risiko yang tinggi?

Saya memulakan peraduan dengan hanya 80 USD, dan meletakkan keselurahan jumlah deposit tersebut dalam tiga dagangan pertama saya, memberikan hasil pulangan yang tinggi, dan purata dagangan kedua tertinggi.

Apakah nasihat paling berguna yang pernah anda dengari dari pihak pakar kewangan? Dan apakah pula nasihat yang paling buruk?

Saya menceburi pasaran sejak tahun 2006. Pada mulanya, saya menerima maklumat dari pelbagai sumber, mendalami bahan bacaan, dan lain-lain. Dengan itu, saya dapat mempelajari asas perdagangan, tetapi kini, saya membuat keputusan berdasarkan perasaan saya tentang pasaran. Saya merujuk kepada pihak pakar untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang pasaran kewangan, pada kebiasaannya dari Andrey Vernikov. Nasihat paling buruk yang saya dengar adalah untuk membeli mata wang ruble ketika ia diperdagang pada harga 80 ruble berbanding 1 dolar.

Apakah yang membuat anda tertarik dengan perdagangan?

Terdapat beberapa perkara, seperti membuat sesuatu yang anda memahami dengan mendalam, mendapatkan pulangan tambahan, dan menambahbaik keyakinan diri anda.

Apakah keputusan terbaik dari perdagangan yang pernah anda perolehi?

Keuntungan sebanyak 4,500% dari deposit awal berjumlah 150 USD.

Apakah perkara yang perlu diterapkan dalam minda apabila berdagang dalam pasaran Forex?

Pada pendapat saya, kekuatan mental adalah penting. Satu lagi perkara lain adalah kemungkinan untuk meraih keuntungan adalah sama besar dengan kemungkinan untuk menanggung kerugian, terutamanya sekiranya anda berdagang tanpa menggunakan stop order.

Sekiranya anda diberikan peluang untuk berjumpa dengan sesiapa dalam sejarah, siapa yang anda akan pilih, dan mengapa?

Evgeny Primarkov, bekas Soviet, diplomat dan ahli politik Russia, berkhidmat sebagai perdana menteri, menteri luar negeri, dan ketua perkhidmatan perisikan, beserta menjadi jurucakap untuk Supreme Soviet dari Soviet Union. Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas, dan juga memberi pelbagai sumbangan untuk negara sepanjang tempoh kesukaran di zaman 90-an.

Apakah alatan perdagangan kegemaran anda, dan mengapa?

Saya selalunya menggunakan pasangan mata wang EURJPY, GBPJPY, dan EURGBP, kerana saya memantau pergerakan harga alatan tersebut berbanding dolar Amerika.

Ambil bahagian dalam pusingan seterusnya peraduan ini! Daftar sekarang dan sertai pertarungan untuk memenangi hadiah!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
31
6
7
8
9
10
11
12
32
13
14
15
16
17
18
19
33
20
21
22
23
24
25
26
34
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36

Lihat berita lepas

Kembali ke atas