Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama juara dan peenrima hadiah peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 9 august 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin memperkenalkan juara dan salah seorang penerima hadiah peraduan "Trader Wars" — Vyacheslav Petrukhin dan Larisa Tokareva. Kami mengadakan temubual bersama mereka untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Larisa Tokareva

Larisa, anda menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan. Anda mendahului peraduan buat beberapa ketika, dan menarik perhatian peserta lain! Ceritakan kepada kami, apakah teknik yang anda gunakan?

Saya menggunakan teknik berbeza untuk kedua-dua peringkat. Dalam peringkat pertama, saya menjalankan perdagangan menurut berita. Pada kebiasaannya saya memilih beberapa berita untuk minggu mendatang yang boleh memberi kesan terhadap harga, dan saya mencuba untuk memasuki pasaran sedikit demi sedikit, dengan membuka kedudukan berjumlah berbeza, beserta tahap stop ditetapkan betul-betul sebelum terbitan berita. Teknik ini tidak selalu membuahkan hasil dalam peringkat kedua, kerana mungkin tiada berita penting yang dijadualkan pada hari pertarungan. Disebabkan itu, dalam peringkat kedua, saya menggunakan pendekatan lain. Pada kebiasaannya, selepas sesi perdagangan Asia berakhir, saya mencuba untuk menentukan arah pergerakan menjelang pembukaan sesi Eropah. Kadangkala jangkaan saya betul, kadangkala tidak. sekiranya jangkaan saya tidak betul, saya akan mencuba untuk mengimbangi semula pada awal sesi Amerika.

Vyacheslav, anda jarang mengambil risiko berbanding pesaing lain, tetapi anda masih berjaya mendapatkan momentum sepanjang perdagangan untuk kedua-dua peringkat, dan mendapatkan pulangan sehingga 100% dalam sehari. Ceritakan bagaimana anda berjaya berbuat demikian?

Risiko sentiasa ada, dan nasib tidak selalu menyebelahi saya. Saya berjaya mendapatkan keuntungan dalam pusingan 16. Saya merasakan bahawa saya hanya berjaya melepasi pusingan tersebut kerana pesaing saya menunjukkan keputusan yang lebih buruk.

Larisa, anda berhadapan dengan peserta dengan nama gelaran Margl dalam pusingan separuh akhir, dan mendahului pusingan, hanya untuk menanggung kekalahan pada saat akhir. Apakah yang menjadi punca perubahan situasi sebegini?

Hari perdagangan tersebut tidak bermula dengan baik, tetapi saya berjaya meraih keuntungan dalam sesi Amerika. Saya memantau keputusan pesaing, dan menyedari bahawa perdagangan tidak dijalankan dalam separuh kedua hari. Dengan itu, saya berhenti berdagang sejurus selepas keputusan saya melebihi keputusan beliau sebanyak 5%. Kemudian, dua jam sebelum berakhir, beliau mengatasi 5% tersebut. Ia merupakan hari yang bertuah untuk saya, tetapi nampaknya lebih bertuah untuk pesaing saya.

Vyacheslav Petrukhin

Vyacheslav, anda bertarung sedaya-upaya dengan Larisa dalam peringkat separuh akhir. Apakah yang membantu anda untuk mengatasi beliau, dan dengan itu, memenangi pertarungan?

Ini merupakan pusingan yang paling mendebarkan sepanjang peraduan. Larisa mengalami drawdown yang besar sepanjang hari, tetapi kemudian mula mengejar keputusan saya. Ini membuatkan saya mula berdagang semula, walaupun pada awalnya saya merancang untuk tidak lagi membuka kedudukan.

Bolehkah anda berkongsi pendapat anda tentang peraduan baru ini? Apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

V: Peraduan ini membuatkan anda sentiasa berwaspada. Anda tidak hanya bergantung kepada nasib, seperti dalam peraduan lain. Pengiraan dan jangkaan pergerakan pasaran amat membantu dalam perdagangan.

L: Ia merupakan peraduan yang menarik dan berdinamik. Saya merasakan bahawa tempoh peraduan selama 3 minggu adalah ideal, dan jumlah hadiah adalah berpatutan.

Apakah yang membuatkan anda berminat untuk menceburi Forex? Bagaimana anda bermula berdagang?

L: Saya mempunyai ramai kenalan yang berdagang, membuatkan saya turut sama berminat untuk mencuba.

V: Saya mula mencuba dalam tahun 2012, menanggung kerugian sebanyak 1,000 USD dalam bulan pertama. Saya kemudian mencuba untuk mendalami selok-belok perdagangan secara aktif selepas memahami asas.

Lengkapkan frasa ini: "Forex adalah..."

L: Forex adalah bidang yang bukan untuk semua orang. Hanya sesetengah jenis pedagang yang benar-benar boleh menguasi Forex.

V: Forex adalah risiko. Tetapi dengan pendekatan yang betul, risiko ini boleh membuahkan hasil.

Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang pedagang untuk mencapai kejayaan?

V: Kawalan diri, tidak bertindak mengikut emosi, dan ketabahan.

L: Pedagang perlu mengetahui, bila perlu berhenti. tidak kira sama ada ketika meraih keuntungan, atau menanggung kerugian. Sikap ingin meneruskan, dengan berharapan untuk memperoleh lebih keuntungan, atau untuk mengimbangi kerugian. Harus difahamkan, pasaran berjalan dengan tidak dijangka, dan anda tidak boleh mengawalnya dengan sendiri.

Adakah anda bersikap yang selalu melanggar peraturan, atau mematuhinya? Mengapa?

V: Lebih baik untuk mematuhi peraturan. Melanggar peraturan boleh menyebabkan anda mengalami kerugian.

L: Saya sentiasa mencuba untuk menurut peraturan, agar menjadi contoh teladan untuk anak-anak saya.

Sekiranya anda yakin dengan kemahiran anda seperti mana Vyacheslav dan Larisa, jangan lepaskan peluang untuk bertarung untuk memenangi hadiah lumayan! Daftar sekarang dan sertai pertarungan legenda antara dua puak!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
31
6
7
8
9
10
11
12
32
13
14
15
16
17
18
19
33
20
21
22
23
24
25
26
34
27
28
29
30
31
1
2
35
3
4
5
6
7
8
9
36

Lihat berita lepas

Kembali ke atas