Kami kini 19 tahun!

Turnover perdagangan Alpari dalam separuh tahun pertama 2018 melebihi $840 billion

Tarikh penerbitan: 31 july 2018

Pelanggan yang dihormati,

Jenama kewangan antarabangsa Alpari menunjukkan jumlah turnover perdagangan sebanyak 840.5 billion USD dalam separuh tahun pertama 2018, yang merupakan peningkatan sebanyak 40% berbanding tempoh yang sama dalam tahun 20171. Pencapaian ini adalah hasil dari pertumbuhan pelanggan dan peningkatan aktiviti pedagang dan pelabur sehubungan dengan perkembangan keberkesanan jenama dalam pasaran antarabangsa. Kadar pertumbuhan paling pesat dalam bidang operasi syarikat dapat dilihat di negara Asia Tenggara dan Latin Amerika.

Pemilik jenama Alpari, Andrey Dashin

"Dalam separuh tahun pertama 2018, kami meneruskan perkembangan antarabangsa. Pada hari ini, Alpari menerajui operasi dalam pelbagai pasaran. Turnover perdagangan kami mencecah tahap maksimum dalam sejarah berkat dari pertumbuhan bilangan pelanggan. Dalam suku tahun kedua 2018, bilangan pelanggan kami mencecah 2 juta. Perkara ini sudah tentu adalah hasil dari pembangunan strategik, kepercayaan, dan teknologi berinovatif beserta syarat perdagangan yang menguntungkan tersedia untuk para pelanggan.", — ungkapan Andrey Dashin, pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari.

Sepanjang separuh tahun pertama, EURUSD kekal sebagai pasangan mata wang paling popular dalam kalangan pelanggan Alpari di serata dunia, menaik sebanyak 56% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jumlah perdagangan untuk pasangan mata wang kedua paling popular, GBPUSD, meningkat 63%. Pelanggan Alpari masih terus menunjukkan minat terhadap perdagangan emas, membuatkan turnover perdagangan untuk pasangan XAUUSD terus menunjukkan pertumbuhan.

Perkhidmatan pelaburan akaun dan portfolio PAMM kami terus menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. Turnover perdagangan bulanan purata untuk perkhidmatan PAMM berjumlah 25.3% billion USD, 54.7% lebih tinggi berbanding angka sebelum ini untuk separuh tahun pertama tahun lepas. Bilangan pelabur aktif dalam perkhidmatan PAMM kami pada awal bulan Julai 2018 adalah sebanyak 24 ribu orang.

Pihak pengurusan atasan Alpari mengalami perubahan utama dalam separuh tahun pertama 2018. Vladimir Verbitsky dilantik untuk memegang jawatan Chief Executive Officer (CEO). Selain itu, Olga Rybalkina kembali memainkan peranan aktif dalam pengurusan Alpari, menjawat kedudukan Managing Partner. Sasaran utama Alpari termasuk pengukuhan syarikat dalam pasaran antarabangsa, perkembangan penunjuk prestasi operasi, beserta dengan persediaan dan pelaksanaan strategi pembangunan yang berkesan dalam pasaran utama baru. Alpari merancang untuk memulakan pelancaran operasi di Latvia dalam suku tahun ketiga 2018.

Aplikasi mudah alih Alpari terus meraih populariti di seluruh dunia. Sepanjang separuh tahun pertama, bilangan pedagang dan pelabur yang menggunakan aplikasi Alpari Invest, Alpari Options, dan Alpari Mobile untuk menceburi pasaran kewangan meningkat sebanyak 150 ribu, kini melebihi 550 ribu orang. Dalam tempoh tersebut, salah satu pelancaran paling ketara adalah pengenalan versi terbaru aplikasi mudah alih Alpari Mobile. Kami mengembangkan fungsi dan ciri-ciri aplikasi, membuat pembaharuan untuk memudahkan navigasi, dan juga menyediakan kaedah paling mudah dan pantas untuk mula memasang aplikasi, dan menceburi perdagangan dalam pasaran Forex.

Salam hormat,
Alpari

Perhatian:

  1. Turnover perdagangan merupakan penunjuk prestasi utama untuk menilai kadar keberkesanan syarikat dalam industri Forex. Ia menggambarkan jumlah kewangan keseluruhan untuk semua dagangan yang dilengkapkan untuk tempoh yang dinyatakan, termasuk semua dagangan margin dan dagangan yang dibuka menggunakan leverage.

 

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
25
26
27
28
29
30
1
26
2
3
4
5
6
7
8
27
9
10
11
12
13
14
15
28
16
17
18
19
20
21
22
29
23
24
25
26
27
28
29
30
30
31
1
2
3
4
5
31

Lihat berita lepas

Kembali ke atas