Kami kini 19 tahun!

Pengumuman pemenang peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk suku tahun kedua tahun 2018

Tarikh penerbitan: 23 july 2018

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin mengumumkan keputusan peraduan "Pengurus portfolio terbaik". Satu pusingan dalam peraduan berlangsung setiap suku tahun, dalam mana pelabur bertanding untuk membina dan menguruskan portfolio pelaburan.

Hadiah setiap pusingan adalah sebanyak 1,800 USD dan dibahagikan dalam kalangan peserta peraduan yang menduduki tiga tempat pertama. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang, dan telah mengadakan temubual bersama peserta yang menjadi juara, dan meminta beliau untuk berkongsi dengan para pembaca tentang rahsia kejayaan beliau.

Tempat pertama: Nikita Andreevich 1,000 USD

Portfolio: Nice Dream

Nikita Andreevich

Hai Nikita! Boleh ceritakan kepada kami sedikit tentang diri anda, adakah anda telah melabur untuk masa yang lama?

Minat saya untuk melabur telah lebih dari 10 tahun sekarang.

Bagaimanakah anda mendengar mengenai Alpari dan apakah yang membuatkan anda mengambil bahagian dalam pertandingan ini?

Saya telah lama mengenali Alpari. Saya memilih syarikat ini kerana ia merupakan salah satu broker yang paling dipercayai dan terkenal, yang menjadikannya kurang berisiko. Saya mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan untuk menguji dan meningkatkan kemahiran pelaburan saya dan juga bersaing dengan pelabur lain.

Apakah kriteria yang paling penting dalam memilih akaun PAMM untuk portfolio anda?

Perkara yang paling penting bagi saya dalam pemilihan akaun adalah pengalaman dan kebolehpercayaan pengurus. Ini adalah keutamaan yang lebih tinggi daripada kestabilan akaun itu sendiri, kerana penting bagi saya untuk mengetahui sekiranya akaun mula menghasilkan kerugian, pengurus tidak akan hilang, seperti yang sering berlaku, dan akan terus berusaha untuk mengimbangi dan meraih keuntungan.

Adakah anda menukar komposisi portfolio anda sepanjang peraduan, atau kejayaan anda kepada pilihan pengurus yang stabil?

Saya ada menukar akaun dalam portfolio saya beberapa kali.

Adakah anda menerima pelabur baru dalam portfolio anda semasa pusingan peraduan berlangsung? Adakah ini mempunyai kesan ke atas kerja anda?

Saya tidak menerima pelabur baru semasa peraduan berjalan, tetapi seorang pelabur telah menyertai portfolio sejak pusingan berakhir.

Apakah rancangan anda untuk masa depan? Adakah anda merancang untuk terus bekerja dengan portfolio ini dan untuk menarik pelabur?

Ya, saya merancang untuk terus mengembangkan portfolio ini dan menarik pelaburan.

Adakah anda mempunyai rancangan untuk membuat portfolio yang lebih menguntungkan? Atau mungkin satu dengan risiko yang lebih rendah?

Saya merancang untuk membuat beberapa portfolio lagi dengan keuntungan yang lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah.

Nasihat apa yang akan anda berikan kepada pelabur pemula?

Saya akan memberitahu mereka untuk jangan sesekali melupakan risiko, dan mereka tidak perlu melabur dalam akaun PAMM sendiri melainkan mereka merancang untuk memperoleh kefahaman yang mendalam tentang cara ia berfungsi, tetapi mereka hanya perlu melabur dalam portfolio PAMM. Walaupun begitu, mereka harus mempelbagaikan pembahagian risiko mereka dengan melabur dalam sekurang-kurangnya 3 portfolio yang berbeza.

Tempat kedua: Sergey Stanislavovich — 500 USD

Portfolio: My_sber.ver02

Sergey Stanislavovich

 

 

 

 

 

 

Tempat ketiga: Vladimir Nikolaevich — 300 USD

Portfolio: Successful investment

Vladimir Nikolaevich

Kepada mereka yang ingin mengasah atau membuktikan kemahiran pelaburan dan bertanding untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak 1,000 USD, ambil bahagian dalam pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca dalam halaman peraduan.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta pusingan seterusnya!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
25
26
27
28
29
30
1
26
2
3
4
5
6
7
8
27
9
10
11
12
13
14
15
28
16
17
18
19
20
21
22
29
23
24
25
26
27
28
29
30
30
31
1
2
3
4
5
31

Lihat berita lepas

Kembali ke atas