Kami kini 19 tahun!

Alpari melancarkan versi baru aplikasi Alpari Mobile

Tarikh penerbitan: 20 june 2018

Bilangan pengguna aktif aplikasi mudah alih Alpari kini melebihi separuh juta.

Pelanggan yang dihormati,

Sukacita kami ingin memaklumkan bahawa Alpari telah melancarkan versi baru aplikasi mudah alih Alpari Mobile dalam pasaran antarabangsa. Perkhidmatan popular yang baru ini memperkenalkan penambahan fungsi dan ciri-ciri, beserta pembaharuan navigasi untuk membolehkan pengguna menggunakan aplikasi dan memperoleh maklumat yang diinginkan dengan lebih selesa, dan yang paling penting, kaedah paling mudah dan pantas untuk mula memasang aplikasi, dan menceburi perdagangan dalam pasaran Forex. Aplikasi Alpari Mobile yang tersedia dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Indonesia, China, Arab, Russia, Portugal, Sepanyol, Vietnam, dan Farsi, kini boleh dimuat turun secara percuma dalam App Store.

Kami ingin mengingatkan bahawa pada awal tahun 2017, Alpari melancarkan aplikasi mudah alih Alpari Mobile, yang memberikan anda akses sebut harga untuk semua alatan utama Forex dalam masa sebenar (saham syarikat popular, indeks saham dan niaga hadapan). Pada bila-bila masa, anda boleh mendapatkan kadar faedah bank pusat untuk setiap negara utama di dunia, boleh melihat kalendar peristiwa ekonomi dunia dari FXStreet, merujuk kadar pertukaran mata wang dari bank pusat, dan juga membaca berita dari Alpari dan FxWirePro. Alpari Mobile turut sama memberi kebolehan untuk anda mendaftar dengan myAlpari.

Dalam versi baru Alpari Mobile, pembangun aplikasi Alpari telah menerapkan platform perdagangan MT4 dan MT5 dalam aplikasi. Perkara ini membolehkan anda untuk bermula dari pemasangan aplikasi, pendaftaran myAlpari, pembukaan akaun, proses deposit, pemasangan terminal perdagangan, dan terus melakukan perdagangan. Dalam kata lain, setiap bahagian dari aplikasi membolehkan anda untuk memasuk pasaran Forex dengan hanya menekan butang untuk mula berdagang. Sebagai tambahan, halaman untuk sokongan pelanggan turut sama diperkenalkan, membolehkan anda untuk menghubungi pihak pakar syarikat menerusi beberapa saluran perhubungan.

Menjelang penghujung tahun, pihak pakar IT Alpari merancang untuk terus memperbaharui dan menambahbaik aplikasi Alpari Mobile. Dalam masa terdekat, versi yang lebih baru akan tersedia untuk peranti dengan sistem pengendalian Android, dan akan diumumkan kemudian. Secara keseluruhan, aplikasi mudah alih terus meraih populariti di serata dunia. Menurut maklumat dari lima bulan dalam tahun 2018, bilangan pedagang dan pelabur yang menggunakan perkhidmatan Alpari Invest, Alpari Options, dan Alpari Mobile untuk melakukan perdagangan dalam pasaran mata wang asing telah meningkat sebanyak 25% dan kini melebihi 500,000.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Perkhidmatan baru

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
28
29
30
31
1
2
3
22
4
5
6
7
8
9
10
23
11
12
13
14
15
16
17
24
18
19
20
21
22
23
24
25
25
26
27
28
29
30
1
26
2
3
4
5
6
7
8
27

Lihat berita lepas

Kembali ke atas