Kami kini 19 tahun!

Temuduga bersama pemenang peraduan "King of the Hill"

Tarikh penerbitan: 7 june 2018

Pelanggan yang dihormati,

Sukacita kami ingin memperkenalkan pemenang pusingan terbaru peraduan King of the Hill contest, iaitu Rustam Tayirov. Kami menjalankan temu bual pendek bersama Rustam dan meminta agar beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang diri dan rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Tahniah diucapkan atas kemenangan dalam peraduan! Apakah yang menarik minat anda untuk menyertai peraduan ini?

Saya telah lama menyedari bahawa sifat daya saing saya amat membantu dalam sebarang cabaran, dan disebabkan itu, saya berminat untuk menyertai peraduan ini. Saya ingin menguji sama ada saya boleh berdagang dengan lebih baik sekiranya saya bersaing dengan pedagang lain.

Rustam Tayirov - pemenang peraduan

Nampaknya ia menjadi! Apakah yang diperlukan untuk memenangi peraduan King of the Hill? Bolehkan anda berkongsi rahsia kejayaan anda?

Saya merasakan bahawa setiap orang mempunyai kaedah mereka sendiri, tetapi untuk saya, perkara paling penting adalah untuk mengelakkan turutan dagangan merugikan yang panjang. Perkara ini yang boleh membawa kepada kekalahan, kadang-kala tanpa anda sedari.

Forex sering kali melibatkan kisah naik dan turun. Ceritakan pengalaman anda ketika memperoleh keuntungan terbesar dan ketika menanggung kerugian terbesar dalam pasaran Forex.

Turun naik merupakan peristiwa biasa dalam Forex, secara khususnya apabila anda berdagang pilihan binari. Saya mengalami beberapa hari malang, malahan hari apabila strategi perdagangan saya langsung tidak membuahkan hasil.

Apakah yang membantu anda dalam perdagangan? Mungkin seperti strategi, berita, atau nasihat dari pedagang lain?

Penggabungan strategi dengan intuisi membantu saya dalam perdagangan, dan saya juga mengelak untuk berdagang ketika terbitan berita peristiwa penting kerana  pasaran akan menjadi tidak menentu dan diluar jangkaan.

Adakah anda merasakan bahawa perdagangan adalah sesuai untuk semua orang? Atau pada pendapat anda, terdapat segelintir jenis sifat yang anda merasakan tidak seharusnya memasuki pasaran mata wang?

Perdagangan sesuai untuk orang yang sabar dan cermat. Sekiranya anda merupakan jenis yang tergesa-gesa, dan boleh bertindak secara melulu, mungkin pasaran kewangan tidak sesuai untuk anda.

Andaikan bahawa anda diberikan sebanyak 10,000 USD dan diberikan arahan untuk menghabiskannya dalam hanya sehari, bagaimana anda akan menggunakan wang tersebut?

Sekiranya saya perlu menghabiskan semua wang tersebut, saya mungkin akan melancong ke mana-mana pulau dan berehat bersama keluarga.

Bagaimanakah anda akan menggunakan wang hasil kemenangan peraduan ini, sekiranya ianya bukan rahsia?

Hasil kemenangan akan digunakan semula dalam perdagangan.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
28
29
30
31
1
2
3
22
4
5
6
7
8
9
10
23
11
12
13
14
15
16
17
24
18
19
20
21
22
23
24
25
25
26
27
28
29
30
1
26
2
3
4
5
6
7
8
27

Lihat berita lepas

Kembali ke atas