Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama juara pusingan keenam peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 7 june 2018

Pelanggan yang dihormati,

Dengan berakhirnya pusingan keenam peraduan Trader Wars, kami menjalankan temu bual pendek bersama pemenang keseluruhan, yang berjaya menewaskan semua pesaing untuk menakluk puncak tertinggi. Pedagang memohon agar nama beliau kekal tidak diketahui.

Tahniah atas kejayaan anda! Bolehkah anda berkongsi pandangan anda tentang peraduan baru ini. Pada pendapat anda, apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Peraduan yang amat menarik, malahan lebih dari itu. Dalam peraduan ini, keseimbangan antara risiko dan potensi keuntungan dan hadiah adalah menarik. Anda boleh memperoleh kemenangan tanpa risiko maksimum, seperti apabila anda perlu merisikokan kesemua jumlah deposit anda (contoh, dalam peraduan Formula FX). Dalam peraduan ini, dagangan seharusnya dijalankan dengan berhati-hati dan penuh kesabaran. Tetapi asas peraduan untuk mengasingkan pedagang mengikut puak bull dan bear tidak dijalankan sepenuhnya. Lebih logik sekiranya puak bear hanya boleh membuka kedudukan dengan menjual, manakala bull hanya boleh membeli. Sekiranya peraturan sebegitu diperkenalkan, peraduan akan menjadi lebih praktikal dan mencabar, berbanding hanya sekadar kosmetik. Secara keseluruhannya, saya amat menikmati perdagangan sepanjang tempoh penyertaan dalam peraduan ini.

Pemenang pusingan ke-6 Trader Wars

Bolehkan anda ceritakan rahsia kejayaan anda. Bagaimana anda mampu meraih kejayaan dalam peraduan yang amat berdaya saing sebegini?

Sekiranya menafikan tuah badan, saya tidak mempunyai sebarang penjelasan lain. Terdapat satu pertarungan yang sangat sukar, iaitu peringkat separuh akhir, dalam mana saya perlu merisikokan segalanya untuk menewaskan pesaing saya yang menunjukkan hasil keuntungan melebihi 200%.

Peringkat akhir peraduan juga amat sengit. Bagaimana anda mampu kekal tenang sepanjang perdagangan?

Sebenarnya, peringkat separuh akhir merupakan saat paling genting untuk diri saya, walaupun saya mengakui bahawa peringkat akhir tetap mencabar. Malangnya, tiada cara yang saya dapat fikirkan untuk mengelakkan dari merasa gementar.

Adakah berlaku tempoh apabila anda hampir mengalah dengan Forex? Apakah yang membuatkan anda menyambung perjuangan?

Sudah tentu pernah berlaku, seperti mana hidup, kadang kala anda diatas, kadang kala dibawah. Anda boleh mendapatkan keuntungan sebegitu besar dalam tempoh beberapa bulan, dan segalanya boleh hilang dalam sekelip mata dalam hanya sehari. Saya tidak mengaut keuntungan yang cukup besar untuk menampung kehidupan. Saya hanya menyertai perdagangan untuk merasai kehangatan pasaran.

Apakah sifat yang harus dimiliki oleh pedagang yang bagus?

Saya mempercayai bahawa pedagang harus mempunyai sikap kedekut, tegas, tanpa belas kasihan, dan sudah tentu, harus mengetahui matematik dengan baik.

Sekiranya anda diberikan 3 peluang untuk melunaskan impian, apakah yang anda inginkan?

Pertama, saya mengharapkan agar semua keluarga dan sahabat handai saya untuk tidak terjebak dengan sebarang penyakit dan sentiasa sihat sepanjang hayat. Kedua, saya akan meminta agar kesemua mereka turut sama memperolehi 3 hajat untuk ditunaikan. Ketiga, saya ingin kepastian, bahawa tiada satupun impian mereka akan bercanggah dengan permintaan pertama saya.

Adakah anda merasakan bahawa anda boleh menjadi contoh untuk diikuti, dan mengapa? Adakah sebarang pedagang yang memberi inspirasi kepada anda?

Tidak sama sekali, kerana saya tidak merasakan bahawa saya merupakan seorang yang berjaya dalam kehidupan. Pedagang yang menarik perhatian saya adalah Nick Leeson, yang menyebabkan kerugian sehingga 1.3 billion USD, tetapi ianya merupakan wang orang lain.

Sekiranya Hollywood menawarkan anda untuk berlakon, apakah watak yang anda ingin pegang?

Ianya adalah mustahil, tetapi sekiranya dalam dunia imaginasi, mungkin saya ingin menjadi Leonardo DiCaprio.


Sertai pusingan seterusnya peraduan kami: daftar sekarang untuk menyertai pertarungan mendapatkan hadiah sebelum terlambat!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
28
29
30
31
1
2
3
22
4
5
6
7
8
9
10
23
11
12
13
14
15
16
17
24
18
19
20
21
22
23
24
25
25
26
27
28
29
30
1
26
2
3
4
5
6
7
8
27

Lihat berita lepas

Kembali ke atas