Kami kini 19 tahun!

Vladimir Verbitskiy dinamakan sebagai Chief Executive Officer (CEO) jenama kewangan antarabangsa Alpari

Tarikh penerbitan: 7 may 2018

Pelanggan yang dihormati,

Vladimir Verbitskiy

Vladimir Verbitskiy telah dinamakan sebagai Chief Executive Officer (CEO) jenama kewangan antarabangsa Alpari. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat perniagaan pemilik jenama, Andrey Dashin, dan menjawat kedudukan sebagai pengarah bebas dalam syarikat. Vladimir kini bertanggungjawab dalam pembangunan strategi dan juga pelaksanaan operasi harian. Keutamaan akan diberikan kepada penerapan pembangungan strategi yang berkesan dalam pasaran utama, dan pengenalan teknologi inovatif ke dalam bidang perdagangan online, penyelarasan proses pengurusan syarikat, dan penerusan perkembangan penunjuk prestasi utama. Vladimir Verbitskiy akan mengambil alih Boris Shilov, yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 2002.

Disamping itu, Olga Rybalkina, CEO syarikat FXTM, syarikat lain yang juga dimiliki oleh Andrey Dashin, kini menjadi pemegang saham kecil untuk Alpari dan juga FXTM. Olga akan terlibat dalam proses pengurusan yang disasarkan untuk meningkatkan keberkesanan dalam melakukan keputusan perniagaan, memudahkan perkembangan daya saing, dan juga pengukuhan kedudukan dalam pasaran antarabangsa antara dua jenama global — Alpari dan FXTM.

"Keputusan ini dilakukan berdasarkan wawasan saya untuk melihat perkembangan antarabangsa yang berjaya buat kedua-dua syarikat saya. Alpari menunjukkan perkembangan yang kukuh dan stabil, dan semakin berkembang dengan pesat. Sebagai contoh, turnover perdagangan meningkat sebanyak 45% dalam suku tahun pertama tahun 2018, mencecah 429 billion USD. Dengan dorongan kemasukan sebilangan besar pelanggan baru, strategi pembangungan pasaran global Alpari semakin tertumpu terhadap kawasan berdaya saing tinggi. Pembaharuan progresif dalam kepimpinan dan perlembagaan syarikat akan mengukuhkan struktur pengurusan Alpari dan FXTM, menambahbaik koordinasi penyelerasan, dan memberi kesan positif untuk operasi harian." — seperti yang diungkapkan oleh Andrey Dashin, pemilik Alpari dan FXTM.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Lain-lain

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
1
2
3
4
5
6
18
7
8
9
10
11
12
13
19
14
15
16
17
18
19
20
20
21
22
23
24
25
26
27
21
28
29
30
31
1
2
3
22
4
5
6
7
8
9
10
23

Lihat berita lepas

Kembali ke atas