Pengumuman pemenang peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk suku tahun pertama tahun 2018

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin mengumumkan keputusan peraduan "Pengurus portfolio terbaik". Satu pusingan dalam peraduan berlangsung setiap suku tahun, dalam mana pelabur bertanding untuk membina dan menguruskan portfolio pelaburan.

Hadiah setiap pusingan adalah sebanyak 1,800 USD dan dibahagikan dalam kalangan peserta peraduan yang menduduki tiga tempat pertama. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang, dan telah mengadakan temubual bersama peserta yang menjadi juara, dan meminta beliau untuk berkongsi dengan para pembaca tentang rahsia kejayaan beliau.

Tempat pertama diduduki oleh Leonid Stanislavovich, — 1,000 USD

Portfolio Nontoxic1

Leonid Stanislavovich

Hai Leonid! Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda, berapa lama anda telah berlabur?
Saya mula melabur sejak lima tahun dahulu apabila saya berhasrat untuk menjamin dan meningkatkan jumlah simpanan saya. Pengalaman berlabur pertama saya tidak berjalan dengan begitu lancar. Dalam tahun 2013, saya berlabur dalam indeks Top 20 MMCIS. Selepas piramid tersebut merudum, saya mula mengkaji broker lain dengan teliti, untuk membantu saya mengelakkan dari tertipu dengan broker yang tidak boleh dipercayai.

Dari mana anda mendengar tentang Alpari dan apakah yang membuatkan anda memilih untuk menyertai peraduan?
Selepas kegagalan saya berkaitan dengan MMCIS, saya memahami bahawa saya perlu memahami risiko yang terlibat dan tidak semestinya berkaitan dengan perdagangan. Apa yang saya maksudkan adalah anda perlu mencari broker Forex yang sah dan rasmi (bukan sekadar berdasarkan kepada pelabur, tetapi juga menurut pedagang yang berpengalaman) dengan sejarah yang lama dalam pasaran, yang beroperasi berdasarkan spread, dan mampu menguruskan kuantiti dana pelabur yang besar. Saya mendaftar dengan myAlpari dalam bulan November 2015. Pada masa tersebut, saya mula mempelajari cara menerapkan analisis dalam perdagangan. Saya memutuskan untuk mengambil bahagian dalam peraduan hanya dari sifat ingin tahu.

Apakah yang menjadi kriteria utama buat anda apabila memilih akaun PAMM untuk portfolio anda?
Saya memilih akaun untuk portfolio berdasarkan parameter berikut:

  • Perdagangan dilaksanakan menggunakan robot (algortima perdagangan).
  • Tidak menggunakan kaedah pengurusan dana yang mengarut (Martingale, netting, pemegangan kerugian berlebihan).
  • Perdagangan harus dijalankan menggunakan kadar stop.
  • Sistem perdagangan harus boleh difahami oleh saya, dan sekurang-kurangnya mampu mendatangkan keuntungan dalam hampir sebarang keadaan pasaran (mengikut anggaran saya).
  • Pengurus akaun harus memiliki lebih dari dua tahun pengalaman berdagang (tidak semestinya untuk akaun PAMM).
  • Akaun harus diuruskan oleh pengurus yang mudah untuk dihubungi dan telah berlabur dana sendiri dengan jumlah yang memadai dalam akaun dan pelaburan semula untuk pulangan secara sambilan.

Pernahkah anda menukar komposisi portfolio anda, atau kejayaan anda adalah dari pilihan pengurus yang mantap?
Sepanjang suku tahun pertama tahun 2018 (tempoh dalam mana Nontoxic1 menunjukkan prestasi terbaik), saya langsung tidak menukar struktur portfolio. Saya membuat sedikit pelarasan dalam portfolio berdasarkan bilangan dagangan menguntungkan atau tidak menguntungkan, dan juga kadar drawdown dalam semua akaun untuk sistem perdagangan lebih terperinci.

Adakah anda menerima pelabur baru sepanjang tempoh peraduan berlangsung? Adakah ianya memberi kesan kepada pengurusan anda?
Seorang pelabur menyertai dan kemudian keluar dalam bulan Mac. Mungkin dia tidak menyedari bahawa portfolio saya sedang menerajui peraduan. Saya merasakan bahawa kebanyakan pelabur membuat keputusan untuk melabur dana dengan hanya melihat kepada penilaian portfolio. Nontoxic1 baru saja memasuki tempat tiga puluh keatas, kini kita hanya boleh menunggu dan melihat apakah masa depan portfolio ini.

Apakah rancangan anda untuk masa akan datang? Adakah anda akan terus menguruskannya dan menerima pelabur baru?
Pada mulanya saya hanya berlabur dalam akaun PAMM dan pada pendapat saya, telah menerima pulangan yang memberangsangkan. Kemudian, saya membina portfolio awam agar pelabur lain boleh mendapatkan manfaat dari pengalaman saya dan memperoleh keuntungan dengan sendiri. Saya kerap melihat pelabur memasukkan dana dalam akaun yang hanya menunggu masa untuk gagal. Disebabkan itu, sudah tentu saya ingin meneruskan pengurusan portfolio dan menarik pelabur lain.

Adakah anda akan membuka portfolio lain dengan kadar pulangan yang lebih tinggi, atau sebaliknya dengan potensi risiko yang lebih rendah?
Portfolio saya masih belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk mencukupi tempoh setahun. Disebabkan itu, saya merasakan ianya masih awal untuk saya mempertimbangkan idea untuk membuka portfolio baru yang lebih agresif atau konservatif.

Apakah nasihat yang anda boleh berikan kepada pelabur baru?
Apa yang saya boleh katakan kepada semua pelabur, bukan hanya pelabur baru, adalah untuk menumpukan kurang perhatian terhadap trajektori keuntungan keseluruhan, dan lebih kepada faktor yang mendatangkan keuntungan. Anda boleh memerhatikan carta dalam mana keuntungan anda menunjukkan peningkatan, tetapi ini tidak memberi makna bahawa  anda terlepas dari kerugian untuk masa akan datang. Saya juga ingin menasihatkan peserta pasaran untuk mempunyai pelan yang tetap dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, untuk tidak mengeluarkan dana, setiap kali anda memasuki drawdown, dan berlabur sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Tempat kedua diduduki oleh Sergey Vladimirovich — 500 USD

Portfolio Nobody0

Sergey Vladimirovich

 

 

 

 

 

 

Tempat ketiga diduduki oleh Yuri Alekseyevich — 300 USD

Portfolio WIN-WIN

Yuri Alekseyevich

Kepada mereka yang ingin mengasah atau membuktikan kemahiran pelaburan dan bertanding untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak 1,000 USD, ambil bahagian dalam pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca dalam halaman peraduan.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta pusingan seterusnya!

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun