Kami kini 19 tahun!

Turnover perdagangan Alpari untuk suku tahun pertama meningkat sebanyak 45%

Tarikh penerbitan: 12 april 2018

Pelanggan yang dihormati,

Jumlah turnover perdagangan untuk jenama kewangan antarabangsa Alpari untuk suku tahun pertama tahun 2018 dalam pasaran utama melebihi $429 billion, 45% lebih tinggi berbanding bacaan untuk tempoh yang sama dalam tahun 2017. Bacaan ini menerima dorongan dari pertumbuhan bilangan pelanggan, dan juga aktiviti perdagangan yang tinggi dalam kalangan pelanggan Alpari dari serata dunia.

Dinamik bilangan pelanggan menerima pengaruh yang ketara dari negara kawasan Asia Pasifik, dimana suku tahun pertama tahun 2018 menggandakan jumlah berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan aset pelanggan menaik sebanyak 3.2 kali, dan turnover meningkat sebanyak 3.5 kali. Dalam masa yang sama, dalam pasaran lain, jumlah pelanggan Alpari menunjukkan kenaikan sebanyak 22% dan pertumbuhan aset pelanggan adalah sebanyak 29%.

"Hasil yang memberangsangkan ini adalah kesan dari strategi baru untuk pembangunan jenama Alpari, yang diterapkan pada awal tahun 2015 dan disasarkan untuk membangunkan perniagaan untuk kawasan yang strategik dari segi makroekonomi utama di Asia. Pada pertengahan tahun 2016, cawangan antarabangsa baru dibuka di Mauritius, yang membolehkan pemusatan pejabat dan perwakilan syarikat di seluruh dunia dan juga mengukuhkan kedudukan dalam kawasan Asia Pasifik. Buat masa kini, kita boleh menyimpulkan bahawa kami telah memilih untuk menerapkan strategi yang betul dan membuahkan hasil.", - kenyataan dari pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari, Andrey Dashin.

Kami ingin mengingatkan anda bahawa hasil jumlah perdagangan jenama kewangan antarabangsa Alpari untuk tahun 2017 mencecah $1.3 trillion, peningkatan sebanyak 29% berbanding tahun 2016. Pada tahun lepas, syarikat memperbaharui senarai produk yang ditawarkan dan meneruskan perkembangan dan pembangungan perkhidmatan pelaburan dan aplikasi mudah alih. Hari ini, Alpari menyediakan perkhidmatan kepada lebih dari 1.3 juta pelanggan dari 150 buah negara dan mempunyai sehingga 80 pejabat cawangan di serata dunia. Dalam pelbagai negara, syarikat jenama Alpari menerajui bilangan pelanggan dan jumlah operasi perdagangan.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
31
1
13
2
3
4
5
6
7
8
14
9
10
11
12
13
14
15
15
16
17
18
19
20
21
22
16
23
24
25
26
27
28
29
17
30
1
2
3
4
5
6
18

Lihat berita lepas

Kembali ke atas