Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama juara pusingan ketiga peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 20 march 2018

Pelanggan yang dihormati,

Dalam bulan Disember, peraduan baru dari Alpari, iaitu "Trader Wars" telah bermula. Kami kini ingin memperkenalkan pemenang pusingan ketiga, Oleg Stremovsky, yang menduduki tempat pertama. Kami mengadakan temubual bersama beliau untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Pada pendapat anda, apakah perkara yang perlu diketahui untuk menjalankan perdagangan dengan lebih berkesan?

Anda perlu memahami bahawa perdagangan merupakan pekerjaan. Sekiranya anda mencari kaedah untuk mendapatkan wang dengan pantas, kasino adalah jawapan anda.

Oleg Stremovsky

Bolehkah anda berkongsi pandangan anda tentang peraduan baru ini? Apakah yang membezakannya dari peraduan lain sebelum ini?

Trader Wars merupakan peraduan yang menarik dan unik dalam mana anda boleh meraih kejayaan tanpa perlu menanggung risiko yang besar dalam perdagangan. Format kalah mati dalam peringkat kedua adalah amat menarik. Walau bagaimanapun, untuk peraduan yang berlangsung selama tiga minggu, saya merasakan bahawa hadiah seharusnya lebih besar, tetapi peraduan masih tetap berbaloi untuk disertai. Peraduan lama Jackpot adalah peraduan terbaik dari segi perdagangan kerana hadiah dianugerahkan untuk hasil perdagangan dalam tempoh setahun.

Apakah strategi perdagangan yang anda terapkan dan mengapakah anda memilih strategi tersebut?

Saya tidak mempunyai strategi yang tetap. Saya menggunakan analisis teknikal dalam perdagangan, dan kadang kala memasuki pasaran berasaskan terbitan berita.

Sekiranya anda boleh berbual dengan sebarang pelabur atau usahawan terkenal, siapakah yang anda ingin berjumpa dan apakah persoalan yang akan diajukan?

Saya berminat untuk berjumpa dengan Dmitry Zimin atau Sergey Guriev, tetapi saya tidak mempunyai soalan yang khusus untuk ditanya.

Apakah perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika berdagang Forex?

Jangan menyesal apabila anda terlepas peluang.

Apakah nasihat terbaik dari segi kewangan yang pernah anda terima?

Saya akan sentiasa mengingati ungkapan tersebut: "Segala benda yang boleh dibeli dengan wang adalah murah".


Pusingan baru peraduan ini telahpun bermula. Daftar sekarang sekiranya anda bersedia untuk menakluk puncak baru dan bertarung untuk memenangi hadiah utama

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
12
26
27
28
29
30
31
1
13
2
3
4
5
6
7
8
14

Lihat berita lepas

Kembali ke atas