Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama salah satu pemenang pusingan ketiga peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 20 march 2018

Pelanggan yang dihormati,

Dalam pusingan ketiga peraduan Trader Wars, tempat ketiga diduduki oleh peserta dari Iran. Beliau bersetuju untuk menjawab beberapa soalan berkaitan dengan perdagangan tetapi ingin menyembunyikan identiti beliau, dan hanya ingin dikenali sebagai ALEX.V, iaitu nama gelaran akaun beliau yang memenangi pusingan peraduan kali ini.

Apakah yang membuatkan anda ingin mencuba berdagang Forex?

Pada mulanya, saya berimpian untuk menjadi kaya dalam hanya semalaman, tetapi kemudian, saya memahami bahawa perdagangan merupakan perkara yang lebih rumit dan tidak boleh dibandingkan dengan perjudian.

Apakah pendapat anda tentang peraduan baru ini? Apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Saya telah menyertai banyak peraduan Alpari, tetapi ini merupakan peraduan yang paling menarik setakat ini. Peringkat pertama adalah amat mudah dan anda diberi masa dua minggu untuk menjalankan perdagangan, dalam tempoh mana, anda masih mempunyai peluang untuk melakukan pembetulan sekiranya anda melakukan kesalahan. Peringkat kedua pula adalah amat sengit. Anda perlu fokus dan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang hari dan sebarang kesilapan boleh membawa padah.

ALEX.V.

Andaikan bahawa anda perlu memberi nasihat yang berguna kepada para pedagang yang baru bermula?

Rahsia untuk berjaya dalam perdagangan adalah pengurusan wang yang berkesan.

Apakah yang anda lakukan selain dari berdagang? Adakah Forex merupakan perkara penting dalam hidup anda?

Buat masa kini, saya bekerja dalam sektor persendirian, tetapi sedikit demi sedikit, Forex mula menjadi aktiviti utama saya sejak kebelakangan ini.

Adakah anda menerima pendapat berkaitan perdagangan dari sesiapa, dan mengapa?

Apabila saya berdagang, saya tidak mendengar pendapat orang lain dan saya cuba untuk mengelakkan diri dari membaca ulasan analisis online untuk tidak terpengaruh dan menyebabkan strategi perdagangan saya terkesan. Walau bagaimanapun, saya sudah tentu pernah melakukan kesilapan dalam perdagangan.


Sekiranya anda yakin dengan kemahiran anda seperti pedagang ALEX.V, jangan lepaskan peluang untuk bertanding dan memenangi hadiah. Sertai pertarungan dalam salah satu dari peraduan kami sekarang juga!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Конкурсы

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
12
26
27
28
29
30
31
1
13
2
3
4
5
6
7
8
14

Lihat berita lepas

Kembali ke atas