Alpari memenangi anugerah antarabangsa baru

15 Mac 201819:03

Alpari diumumkan sebagai pemenang kategori untuk perdagangan aplikasi mudah alih "Best Mobile Trading Experience 2017".

Pelanggan yang dihormati,

Portal berita kewangan antarabangsa terkemuka FX Empire, yang menyediakan berita terkini dalam pasaran untuk pedagang dan pelabur dari seluruh dunia, telah menobatkan Alpari buat kali ketiga dalam "Anugerah broker terbaik" tahunan. Pada tahun ini, Alpari diumumkan sebagai pemenang kategori untuk perdagangan aplikasi mudah alih "Best Mobile Trading Experience 2017". Dalam laman web mereka, FX Empire mengungkap bahawa Alpari merupakan pemenang yang jelas dalam kategori ini kerana menyediakan perhubungan perdagangan yang lancar untuk perdagangan mudah alih dan di desktop. Aplikasi kami dilabel sebagai mesra pengguna dan intuitif, memboleh pedagang menjalankan dagangan dan kekal dalam pasaran sepanjang hari.

Alpari juga dalam anugerah tahun lepas memenangi kategori "Broker paling inovatif" dan "Broker paling dipercayai". Jawatankuasa amat memuji kesempurnaan asas teknikal Alpari, kepelbagaian dalam senarai produk, ketelusan  dan kualiti perkhidmatan pengguna syarikat kami. Mereka juga menyatakan bahawa syarat perdagangan yang ditawarkan Alpari adalah antara salah satu dari yang terbaik dalam pasaran, dan juga teknologi online inovatif lain, alatan perdagangan, dan perkhidmatan yang dibangunkan oleh pihak pakar IT kami.

Pengiktirafan Alpari sebagai peneraju dalam perdagangan mudah alih juga dicerminkan dari permintaan yang boleh dilihat dari aplikasi mudah alih Alpari. Pada penghujung tahun 2017, terdapat lebih dari 400,000 pengguna untuk keseluruhan aplikasi Alpari (Alpari Invest, Alpari Options, dan Alpari Mobile). Pengguna juga menyatakan bahawa dengan bantuan alatan tersebut, perdagangan mereka dalam pasaran kewangan dapat berjalan dengan lebih mudah dan pantas. Aplikasi mudah alih Alpari kini tersedia dalam 9 bahasa berbeza: English, Sepanyol, China, Russia, Portugal, Vietnam, Indonesia, Arab, Farsi, dan pelbagai lagi bahasa yang akan mendatang.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.