Kami kini 19 tahun!

Perubahan syarat pelaburan dalam akaun PAMM dan portfolio PAMM

Tarikh penerbitan: 1 march 2018

Pelanggan yang dihormati,

Sila ambil perhatian bahawa bermula dari 5 Mac, jumlah minimum pelaburan dalam akaun PAMM akan mengalami perubahan.

Jumlah pelaburan dan baki akaun pelaburan minimum adalah sebanyak 50 USD / 50 EUR / 50 GLD.

Jumlah minimum untuk deposit selanjutnya, dan juga jumlah minimum yang boleh dinyatakan dalam permohonan, akan kekal pada tahap semasa sebanyak 10 USD / 10 EUR / 10 GLD.

Perubahan turut sama akan dikenakan kepada kadar tawaran pengurus pertama. Semua tahap dengan jumlah pelaburan yang rendah dari 50 USD (atau nilai bersamaan dalam mata wang lain) akan digabungkan menjadi satu, dengan jumlah pelaburan ditetapkan pada 50 USD. Pampasan pengurus yang ditetapkan pada tahap tersebut akan menurut peratusan minimum yang ditetapkan pada tahap yang digabung.

Disamping itu, bermula dari 5 Mac, untuk mengurangkan trafik pada waktu sesak ketika rollover, permohonan deposit untuk akaun dan portfolio PAMM akan diproses ketika semua rollover, termasuk tertutup, dengan mengambil kira tempoh ambang seperti yang dinyatakan dalam planner permohonan.

Permohonan untuk pengeluaran dan pembayaran pampasan akan terus diproses bersepadanan dengan planner permohonan yang ditetapkan oleh pengurus.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, melalui skype (panggilan sahaja), emel ke malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Pelaburan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10
12
13
14
15
16
17
18
11
19
20
21
22
23
24
25
12
26
27
28
29
30
31
1
13
2
3
4
5
6
7
8
14

Lihat berita lepas

Kembali ke atas